Anda di sini

Pasar ria di sekolah mampu pupuk kerjasama dan silaturahim

Advertisement

// Oleh Siti Aisyah Ramli //

 Dr Abdul Rahman memotong riben pada belon sebagai simbolik perasmian Pasaria SK Pulo 2016 Pesta Memasyarakatkan PIBG SK Pulo, baru-baru ini.

SIMBOLIK: Dr Abdul Rahman memotong riben pada belon sebagai simbolik perasmian Pasaria SK Pulo 2016 Pesta Memasyarakatkan PIBG SK Pulo, baru-baru ini.

PENGURUSAN Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo, Kuching dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan menganjur sambutan Pasaria SK Pulo 2016 Pesta Memasyarakatkan PIBG SK Pulo, di premis sekolah tersebut, baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan simbolik perasmian sambutan itu ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Berucap pada majlis perasmian sambutan Dr Abdul Rahman berkata, beliau amat menyambut baik penganjuran pasar ria seumpama itu khusus di peringkat sekolah mahupun kampung.

“Pesta pasar ria lazim diadakan di peringkat sekolah serta kampung dan penganjurannya amat baik sekali kerana kita sendiri dapat menyaksikan kerjasama dan silaturahim antara pelajar dan guru mahupun penduduk kampung sangat erat sekali bagi menjayakan program.

“Selain itu, sambutan ini juga boleh dijadikan sebagai platform bersesuaian untuk agensi-agensi kerajaan melibatkan diri dan mendekati pelajar sekolah menerusi aktiviti pameran,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, PIBG sekolah perlu bergiat aktif dan memberi perhatian kepada setiap aktiviti yang dianjurkan di sekolah.

“Sokongan PIBG dalam melaksanakan pelbagai program adalah penting lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti kokurikulum.

“Saya berharap pada masa akan datang, aktiviti seumpama ini dapat diteruskan bagi melonjakkan minda guru, pelajar serta ibu bapa dalam bekerjasama untuk menjayakan sebarang bentuk penganjuran program dan aktiviti di sekolah,” ujarnya.

Selain gerai jualan aneka barangan dan makanan, aktiviti sampinganturut diadakan pada pasar ria tersebut iaitu pameran keselamatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lain-lain lagi.

 Dr Abdul Rahman (berdiri tengah) merakam kenangan bersama ahli-ahli silat yang membuat persembahan pada majlis perasmian Pasaria SK Pulo 2016 Pesta Memasyarakatkan PIBG SK Pulo, baru-baru ini.

RAKAM KENANGAN: Dr Abdul Rahman (berdiri tengah) merakam kenangan bersama ahli-ahli silat yang membuat persembahan pada majlis perasmian Pasaria SK Pulo 2016 Pesta Memasyarakatkan PIBG SK Pulo, baru-baru ini.

Advertisement