Anda di sini

Tubuh lebih banyak Tadika JHEAINS

Advertisement
 Arifin (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepala salah seorang murid yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

CEMERLANG: Arifin (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepala salah seorang murid yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

KOTA KINABALU: Penubuhan lebih banyak Tadika JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) dilihat amat perlu bagi memberi pendidikan agama dan akademik yang seimbang kepada generasi akan datang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berharap JHEAINS akan menubuhkan satu Tadika JHEAINS pada setiap tahun di kawasan-kawasan yang memerlukan tadika berkenaan.

Katanya, penubuhan itu juga diharap akan mengambil kira kawasan Sipitang yang baharu mempunyai satu Tadika JHEAINS.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan ibu bapa agar terus memberikan anak-anak didikan agama sehingga ke peringkat sekolah rendah.

“Ibu bapa harus memastikan anak-anak yang menerima didikan di Tadika JHEAINS ini supaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Negeri (SAN) mahupun sekolah agama swasta yang lain supaya mereka dapat menerima didikan agama secara berterusan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 390 murid daripada 13 Tadika JHEAINS menerima sijil sempena Majlis Graduasi Tadika JHEAINS peringkat negeri, di sini, kelmarin.

Majlis graduasi yang kali kedua diadakan itu diharap akan dapat menyuntik semangat kepada kanak-kanak lain untuk berjaya.

Advertisement