Anda di sini

MAHA 2016 bakal jamu pengunjung dengan 168 sajian makanan popular

Advertisement

MALAYSIA sememangnya terkenal dengan kepelbagaian bangsa bangsa, agama dan budaya. Ini sekaligus menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan di setiap negeri. Menariknya, setiap negeri mempunyai mempunyai keunikan juadah masing-masing serta di pelbagaikan lagi dengan citarasa dan sentuhan budaya negeri-negeri tersebut.   

#MAHA 2016 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-tourism International Show) yang bakal berlansung pada Disember ini pastinya memberikan pengalaman yang menarik buat pengunjung.

Anda akan dapat menikmati pelbagai sajian istimewa Empayar Makanan dari 14 buah negeri ini di bawah satu bumbung, di Segmen Makanan Popular MAHA, di bawah Kluster Agro Trade @ Agro Premium MAHA 2016, yang sememangnya telah menjadi satu platform yang sentiasa dinanti-nantikan kerana memperkenalkan dan mempromosikan makanan popular negeri-negeri dari seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata, Malaysia dikurniakan dengan kepelbagaian hasil pertanian, kekayaan budaya serta keunikan tradisi negeri.

Ia membentuk satu ‘Empayar Makanan’ yang diwariskan dari generasi ke generasi mengikut citarasa seluruh masyarakat negara ini. Himpunan juadah-juadah ini, sama ada yang biasa, yang popular mahupun yang eksotik akan kita hidangkan untuk pengunjung sepanjang MAHA 2016 di MAEPS Serdang Disember nanti,”katanya.

Seramai 62 usahawan, termasuk 19 usahawan belia dan 168 menu makanan popular dari seluruh negara akan diperkenalkan semasa #MAHA2016 kali ini.

Rendang Tok Negeri Perak.
Rendang Tok Negeri Perak.

Antara 168 sajian makanan popular yang telah dipilih untuk dibawakan ke Empayar Makanan MAHA nanti adalah udang sanggol Perlis, asam pedas Melaka, pais ikan patin Pahang, maggi ketam Terengganu, pasembor Pulau Pinang, moi sup Kedah, kacang pool Johor, masak lemak cili api daging salai Negeri Sembilan, nasi ulam seratus lauk Kelantan, rendang tuk Perak, nasi ayam berempah Putrajaya, nasi lemak dan nasi ambeng Selangor dan pelbagai lagi.

Pisang Goreng Cheese Sabah.
Pisang Goreng Cheese Sabah.

Sabah dan Sarawak akan turut menggamit para pengunjung dengan Sabah menghidangkan pisang goreng cheese yang cukup unik dan tinggi aisnya, dan mee kolok, laksa Sarawak adalah hidangan paparan Sarawak pada tahun ini.

Laksa Sarawak.
Laksa Sarawak.

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat sendiri demonstrasi masakan makanan eksotik dan unik daripada setiap negeri termasuklah sate rusa dari Pulau Pinang, itik kapitan dari Perak, gulai lemak belalang dari Kelantan, klea betik dan hati dari Perlis, masak lemak cili api belulang dari Pahang dan telur ikan gerang asam dari Melaka.

Laksa Perlis.
Laksa Perlis.
Pasembur Pulau Pinang.
Pasembur Pulau Pinang.

Pengunjung juga dapat merasai sendiri makanan tersebut yang unik  seperti telur ikan gerang asam dari Melaka, sate burung unta, rojak kateh dari Terengganu, lemang periuk kera dari Johor, gedung chaq dari Kedah, serunding tuhau, acar latok dan kerabu rumpai laut dari Sabah dan  kerabu obor-obor dari Sarawak.

Variasi makanan laut yang digoreng bersama tepung.
Variasi makanan laut yang digoreng bersama tepung.

Selain makan tempatan, pengunjung juga dapat melihat sendiri kegiatan pertanian dan berasaskan pertanian dari dalam dan luar negara termasuk Fiji, Korea, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, Ecuador, Pakistan, Bangladesh, Algeria, Australia, Iran, Sepanyol, Kanada, China, Thailand, Vietnam, Jepun dan Tunisia.

Ikan Bakar kembung antara juadah yang bakal disajikan di #MAHA2016.
Ikan Bakar kembung antara juadah yang bakal disajikan di #MAHA2016.

Anda juga berpeluang mendapatkan buah-buahan, sayur-sayuran serta lain-lain barangan serta perkhidmatan berkaitan pertanian semasa acara tersebut. 

Antara aktiviti lain promosi Empayar Makanan MAHA 2016 termasuklah satu Pencarian Chef Kreatif Tani Muda yang menawarkan lapan kategori pertandingan, melibatkan para pelajar universiti, kolej kemahiran serta sekolah, dan pertandingan masakan berasaskan produk tempatan dengan fokus diberikan kepada penggunaan durian belanda dan jagung.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba pengalaman menarik di #MAHA 2016 bertempat di di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di Selangor dari 1-11 Disember, 2016.

TEMUINYA DI #MAHA2016!   

  • oleh
  • Advertisement