Anda di sini

Restoran Aurora Court MPHS sediakan hidangan ‘Family Weekend Buffet’ pada setiap Sabtu

Advertisement

Oleh Henrietta Liza//

 Cef Abun menyediakan Laksa Sarawak secara ‘live’.

MAHIR: Cef Abun menyediakan Laksa Sarawak secara ‘live’.

KUCHING: Restoran Aurora Court di Merdeka Place Hotel & Suites (MPHS) menyediakan ‘Family Weekend Buffet’ dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan bagi seisi keluarga pada setiap hari Sabtu.

Lebih 100 jenis hidangan tempatan dan luar negara disediakan bermula daripada pelbagai jenis pembuka selera, sajian utama serta pencuci mulut yang disediakan oleh sepasukan cef berpengalaman dan berbakat.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba burger Sharwarma, laksa, nasi Bukhari Kambing dan roti John.

Di bahagian tengah restoran pengunjung turut dihidangkan dengan sajian ‘BBQ Smoked Lamb Shoulder’ yang memberikan nikmat semula jadi yang beraroma dan daging empuk.

Tidak dilupakan rasa ‘Chinese Roasted Duck’ selain hidangan pastri, kuih-muih tempatan, puding, buah-buahan segar serta apam balik.

Menurut Pengurus Jualan MPHS Mohamad Arshad Hasseri, Family Weekend Buffet dibuka untuk pengunjung bermula pada jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam pada harga RM86 untuk dewasa dan kanak-kanak (5- 12 tahun) boleh menikmati diskaun 50 peratus daripada harga asal.

Felda Investment Corporation Sdn Bhd telah mengambil alih MPHS sejak Jun tahun lepas dan dalam usaha menaik taraf hotel untuk memberi nafas baharu dan akan dirasmikan pada 28 November ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet tersebut boleh menghubungi 082- 258000 sambungan 8061 (Aurora Court) atau pejabat F&B sambungan 8004 pada waktu pejabat Juga boleh melayari www. merdekapalace.com atau facebook www.facebook. com/MPHSKuching.

 

Advertisement