Anda di sini

MoU Bandaraya Kota Kinabalu-Bandaraya Hangzhou galak pelaburan dua bandar rayabangan

Advertisement
 Yeo (duduk kanan) bersama Wang (duduk kiri) menandatangani dokumen Perjanjian Persefahaman antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Hangzhou, disaksikan oleh Teo (tiga kanan), Edward (dua kanan), Joniston (kanan) dan Chen (dua kiri).

BANDAR RAYA ANTARABANGSA: Yeo (duduk kanan) bersama Wang (duduk kiri) menandatangani dokumen Perjanjian Persefahaman antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Hangzhou, disaksikan oleh Teo (tiga kanan), Edward (dua kanan), Joniston (kanan) dan Chen (dua kiri).

KOTA KINABALU: Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Bandaraya Kota Kinabalu dengan Bandaraya Hangzhou, Wilayah Zhejiang China akan menjadi titik permulaan kerjasama dua hala bagi kedua-dua bandaraya ini dalam aspek ekonomi, pelancongan, pendidikan dan kebudayaan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, kerjasama dua hala ini akan memfokuskan kepada empat aspek bagi menggalakkan pelaburan di kedua-dua bandar raya.

Beliau berharap agar kerjasama dua hala ini akan merapakan lagi hubungan persahabatan kedua-dua bandar raya ini.

Ditanya jumlah pelaburan yang dijangka terlibat melalui hubungan kerjasama ini, Yeo berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan nilai pelaburan kerana MoU baharu ditandatangani kelmarin.

“Namun, kita mempunyai banyak pembangunan iaitu pembinaan jalan raya, Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED), penambahbaikan Pelabuhan Sabah dan ini membuka banyak peluang kepada pelabur China untuk datang melabur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongress Rakyat Bandaraya Hangzhou Wang Jincai dalam ucapannya memeberitahu bahawa MoU yang ditandatangani itu adalah titik permulaan dan berserjarah kepada kedua-dua bandar raya ini.

Hubungan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua bandar raya yang sememangnya mengutamakan pelancongan sebagai sektor penting di bandar raya masing-masing.

Katanya, lawatan singkat selama dua hari ini membolehkan rombongan mereka dapat menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang cantik dan mengagumkan.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan kerjasama yang terjalin, kedua-dua bandar raya ini akan turut berkongsi pengalaman dalam pengurusan bandar raya masing-masing.

Sementara itu, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, hubungan kerjasama ini akan mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak iaitu Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Hangzhou yang kini dihubungkan melalui penerbangan terus.

Bandaraya Hangzhou mempunyai sembilan juta penduduk maka, ia pasti memberi manfaat kepada Kota Kinabalu jika penduduk bandar raya itu melancong ke sini.

Katanya, ini satu perkem rayabangan yang baik kerana ia akan memberi manfaat dalam bidang pelancongan, perniagaan, pelaburan serta sektor-sektor lain

Bagi Presiden Persatuan Persahabatan Ma-zhong Sabah Dr Oh Ei Sun, perjanjian yang dimeterai itu amat tepat pada masanya bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama Malaysia dan China.

Dengan menghubungkan kedua-dua bandar raya ini, ia akan dapat meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan untuk kedua-dua pihak.

“Selepas lawatan Perdana Menteri ke China, di peringkat bandar raya kita mengadakan kerjasama ekonomi antara dua bandar. Kita mengalu-alukan kedatangan pelancong Hangzhou ke Kota Kinabalu,” katanya.

Mengenai aspek yang akan diberi perhatian melalui kerjasama ini, beliau yakin pelancongan adalah aspek utama kerana sektor pelancongan adalah sektor penting bagi kedua-dua bandar raya.

Beliau percaya kedua-dua bandar raya ini akan mengemukakan pelan yang lebih konkrit bagi memastikan MoU yang ditandatangani memberi manfaat sepenuhnya kepada kedua-dua penduduk di bandar raya itu.

“Jika banyak pelancong Hangzhou datang ke sini, ia pasti meningkatkan hasil pendapatan kita. Di samping itu, ia membantu kedua-dua bandar raya untuk menjadi bandar raya antarabangsa,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan Konsul Jeneral Republik China ke Sabah di Kota Kinabalu Chen Peijie.

Advertisement