Anda di sini

Anmum Essential adakan Siri Jerayawara Tanpa Gula Tambahan

Advertisement
 Susu tepung Anmum Essential dalam Siri Jerayawara Tanpa Gula Tambahan yang diadakan di Pasar Raya Farley di Medan Jaya bermula semalam hingga Ahad ini.

JERAYAWARA: Susu tepung Anmum Essential dalam Siri Jerayawara Tanpa Gula Tambahan yang diadakan di Pasar Raya Farley di Medan Jaya bermula semalam hingga Ahad ini.

BINTULU: Anmum Essential telah mengadakan Siri Jerayawara Tanpa Gula Tambahan di beberapa lokasi premis peruncitan terpilih di Sabah dan Sarawak yang mana untuk Bintulu telah bermula semalam hingga 13 November di Pasar Raya Farley di Medan Jaya di sini.

Jerayawara itu untuk menyampaikan maklumat lebih lanjut kepada ibu bapa mengenai maklumat berkaitan dengan wakil-wakil Anmum Essential akan berada di lokasi-lokasi jerayawara dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam untuk memberi penerangan dan menjawab segala pertanyaan ibu bapa berkaitan rangkaian produk tersebut.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan dengan mendapat hadiah percuma berupa ‘`tumbler Thermocaf’ untuk pembelian tiga pek Anmum Materna/Lacta 650 gram dan khemah mainan kanak-kanak percuma untuk pembelian tiga tin Anmum Essential 1.6 kilogram (kg) atau empat pek Anmum Essential 1.2kg.

Promosi tersebut adalah sementara stok masih ada. Anmum Essential adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak tanpa gula tambahan dan mengandungi semua nutrien yang penting untuk tumbesaran anak-anak termasuk nutrien utama untuk otak iaitu GA dan DHA.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Anmum Jenama Fonterra Malaysia Irene Cheah berkata, penting untuk mengehadkan gula dalam diet anak-anak seberapa lama yang boleh.

Katanya, banyak penyelidikan saintifik menunjukkan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak sekiranya pengambilan gula dihadkan yang memberi kesan kepada tingkah laku dan kesihatan.

“Langkah pertama yang perlu dilakukan ibu bapa ialah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang betul mengenai gula tambahan supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat makanan untuk anak-anak mereka,” ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Anmum Essential adalah jenama keluaran Fonterra merupakan pengeluar tenusu terbesar di New Zealand.

Advertisement