Anda di sini

Crane City Crew sertai program gotong-royong sempena Pesta Besaug

Advertisement

// Oleh Kelvin Lambai //

 Para peserta merakam kenangan bersama ahli jawatankuasa pengelola selepas program gotong-royong berkenaan selesai.

UNTUK ALBUM: Para peserta merakam kenangan bersama ahli jawatankuasa pengelola selepas program gotong-royong berkenaan selesai.

SERAMAI 28 ahli Kelab Permotoran Crane City Crew Mukah menyertai program gotong-royong bersempena dengan Pesta Besaug, Dalat bertempat di Pekan Dalat dekat Mukah, baru-baru ini.

Pengerusi kelab berkenaan, Abdillah Seedi berkata pihaknya terlibat secara langsung dalam penganjuran pesta berkenaan baru-baru ini di mana pihaknya telah membantu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah memasang poster, menggantung bendera serta mendirikan khemah.

Menurutnya, sebagai sebuah kelab permotoran di bahagian ini, pihak kami turut terlibat secara langsung menerusi kerja-kerja amal serta membantu pihak tertentu mahupun agensi-agensi kerajaan dalam penganjuran pelbagai aktiviti di bahagian ini.

“Kami tidak mahu dianggap sebagai sebuah kelab yang menjurus kepada bermain motor sahaja tetapi di sebalik itu kami juga turut memainkan peranan membantu pelbagai pihak atau menjalankan kerja amal seperti terlibat dengan program gotong-royong dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JKR Bahagian Mukah di atas undangan menjayakan pesta ini sambil mempromosikan kelab ini kepada masyarakat setempat di sekitar Dalat,” jelasnya lagi.

Turut serta dalam program berkenaan, Penasihat Kelab Haidzul Hafiz serta ahli-ahli yang lain.

 Para peserta membantu pihak JKR menggantung bendera semasa program gotong-royong berkenaan.

KERJA AMAL: Para peserta membantu pihak JKR menggantung bendera semasa program gotong-royong berkenaan.

Advertisement