Anda di sini

Colorado serba baharu tampil lasak dengan teknologi terkini

Advertisement
 Lo (lima kanan), Ng (enam kanan) serta (dari kanan) Alfred, Fahmi dan Nik Norizham merakam gambar secara berkumpulan selepas pelancaran Colorado serba baharu di Jin San Transport Contractor Sdn Bhd di Jalan Sherip Masahor, semalam.

MENARIK: Lo (lima kanan), Ng (enam kanan) serta (dari kanan) Alfred, Fahmi dan Nik Norizham merakam gambar secara berkumpulan selepas pelancaran Colorado serba baharu di Jin San Transport Contractor Sdn Bhd di Jalan Sherip Masahor, semalam.

Lengkap dengan ciri-ciri dalam kereta mewah pada harga berpatutan

KUCHING: Chevrolet Colorado serba baharu dijangka mampu menawan peminat pikap di Sarawak dengan pelbagai ciri ditawarkan melebihi pesaing lain.

Naib Presiden Bersekutu 2, Pemasaran Strategik Naza Quest Sdn Bhd, Muhammad Fahmi Norrizan berkata, Colorado serba baharu menampilkan teknologi canggih dan ciri keselamatan inovatif yang jauh lebih hebat daripada trak lain.

“Ciri-ciri yang ada dalam kereta mewah kini boleh dinikmati dalam Colorado yang harganya adalah berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran Chevrolet Colorado serba baharu di Jin San Transport Contractor Sdn Bhd di sini, semalam.

Hadir untuk menyempurnakan majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Turut hadir, Pengarah Urusan Jin San Transport Contractor Sdn Bhd Thomas Ng, Naib Presiden Bersekutu 1, Jualan Edar dan Pembangunan Naza Quest Sdn Bhd Nik Norizham Thani serta Pengurus Wilayah, Jualan dan Pembangunan Rangkaian Naza Quest Sdn Bhd Alfred Dason Augustin John.

Fahmi berkata, Colorado dari segi prestasi merupakan trak pertama dalam segmennya untuk menawarkan integrasi telefon melalui Apple CarPlayTM yang memiliki pelbagai fungsi pintar bagi memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

Selain itu, enjin trak juga boleh dihidupkan hanya dengan menyentuh butang pada kekunci sekali gus membolehkan anda menghidupkan pendingin hawa secara automatik.

“Dengan cuaca di Sarawak yang panas, anda boleh memasang enjin untuk menyejukkan kereta terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dengan hanya menekan butang pada kekunci,” katanya.

Colorado serba baharu turut menampilkan stereng tenaga elektrik di mana beratnya diselaraskan mengikut kelajuan kenderaan tersebut, katanya lagi.

Selain itu, tingkap Colorado juga akan menurun secara automatik apabila dibuka dan akan naik semula apabila ditutup sepenuhnya untuk mengurangkan vakum dan bunyi.

Kenderaan itu turut menyediakan perlindungan dan keselamatan maksimum untuk semua penumpang menggabungkan sistem keselamatan aktif dan pasif.

Ia adalah seperti Amaran Perlanggaran Hadapan yang secara automatik mengesan jarak kenderaan di hadapan dan menghantar imej amaran audio jika terlalu hampir.

Manakala Amaran Lorong Berlepas akan memaklumkan pemandu jika kenderaan keluar dari lorong pada 60 kilometer sejam tanpa menggunakan lampu isyarat, selain ciri bantuan meletak kereta depan dan belakang, kamera pandangan belakang dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Sementara itu, Ng berkata, pihaknya optimis Colorado serba baharu mampu menawan peminat pikap Amerika itu di Sarawak atas ciri-ciri serta harga yang menarik.

“Pikap Colorado ini amat ideal bagi pemanduan di jalan raya di Sarawak dan ia amat popular kerana harga yang berpatutan namun ciri-cirinya amat baik,” katanya.

Sebanyak l ima va r – ian diperkenalkan antaranya 2.5MT LT pada harga RM101,897.73; 2.5AT LT (RM109,892.35) ; 2.5AT LTZ (RM116,932.98) ; 2.8AT LTZ (RM126,448.82) dan 2.8AT High Country (RM134,358.97).

Untuk keterangan lanjut, sila e-mel kepada jst_chevrolet@ hotmail.com atau faks kepada 082-238981 atau hubungi talian 082-455833.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Jin San Transport Contractor Sdn Bhd di Lot 5022, Block 16, KLCD, Jalan Sherip Masahor.

 

Advertisement