Anda di sini

Beberapa kampung di Labuan dilanda banjir

Advertisement

LABUAN: Beberapa kampung di pulau bebas cukai ini dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak jam 10 malam Jumaat.

Kampung terlibat ialah Kampung Rancha-Rancha Darat, Kg Gersik Baru, Kg Gersik Saguking, Kg Ganggarak, Kg Sg Keling dan Batu Manikar.

Turut terjejas Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan Taman Perumahan Mutiara.

Mohd Rasid Jaluddin, penduduk kampung Rancha-Rancha Darat, memberitahu Bernama beliau berada di Sabah apabila rumah dan keretanya terjejas oleh banjir.

“Nasib baiklah anak-anak saya tidak berada di rumah ketika banjir melanda rumah kami. Anak-anak saya tinggal di rumah nenek mereka. Saya berharap kami akan diberi bantuan,” katanya.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, yang diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan Mohd Zamri Mohd Esa, melawat kampung berkenaan untuk melihat sendiri keadaan serta menentukan bantuan yang perlu disalurkan kepada penduduk terjejas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin mengingatkan orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan rendah, supaya mengambil langkah

berjaga-jaga kerana kampung mereka juga berisiko dilanda banjir jika hujan berterusan. — Bernama

Advertisement