Anda di sini

Ketahui khasiat beras Haryana di jerayawara Liansin Trading di Teck Kong Samarahan

Advertisement
 Liansin Trading Sdn Bhd kini mengadakan siri jerayawara di Teck Kong Kota Samarahan, dekat sini bermula sekarang sehingga 13 November ini.

KUNJUNGI: Liansin Trading Sdn Bhd kini mengadakan siri jerayawara di Teck Kong Kota Samarahan, dekat sini bermula sekarang sehingga 13 November ini.

KUCHING: Liansin Trading Sdn Bhd kini mengadakan siri jerayawara di Teck Kong Kota Samarahan, dekat sini bermula sekarang sehingga 13 November ini.

Pelanggan amat dialukan untuk singgah ke unit pameran mereka sekali gus berpeluang merasai beras Basmathi keluaran mereka dari India iaitu Haryana yang kaya mineral tetapi kurang kandungan gula dan lemak. Jika dimasak ratio masakan adalah 1 kepada 1.5.

Dengan setiap pembelian 1 peket beras, pelanggan berpeluang membawa pulang satu gelas istimewa Jimmy manakala bagi pembelian dua peket beras pula, pelanggan akan membawa pulang satu gelas istimewa Jimmy dan beg kitar semula.

Turut diadakan ialah aktiviti soal jawab mudah yang tidak memerlukan pengunjung untuk membeli produk Liansin untuk menyertainya. Pelanggan hanya perlu menjawab beberapa soalan dan berpeluang untuk memenangi sepeket beras Haryana 5kg.

Tiga nama pemenang akan dicabut pada hari ini (Sabtu) pada jam 5 petang dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan berlangsung esok hari (Ahad) pada jam 3 petang.

Sementara itu, syarikat pembekal beras tersohor di Sarawak itu juga menganjurkan Peraduan Jimmy Baharu bagi kali keenam tahun ini yang menawarkan Mitsubishi Outlander 2.4L yang bernilai RM174,000 sebagai hadiah utama.

Peraduan tersebut untuk sesi 2016 menampakkan kelainan berbanding penganjuran sebelum ini apabila ia dibahagikan kepada tiga kategori termasuk kategori ‘Season 1’ (Julai hingga September), ‘Season 2’ (Oktober hingga Disember) dan ‘Season 3’ (Januari sehingga Mac 2017).

Hadiah pertama untuk ‘Season 1’ ialah Yamaha NMAX, ‘Season 2’ (kerusi urut Ogawa) dan ‘Season 3’ (TV Sharp 65’).

Lebih menarik,  setiap penyertaan yang dihantar menerusi ketiga-tiga kategori itu layak untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan iaitu berupa kenderaan pacuan empat roda (4×4) Mitsubishi Outlander yang bernilai RM174,000.

Seorang peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi boleh diposkan ke Lot 2041, Section 66 Bintawa Industrial Estate, 93450 Kuching atau masukkan ke mana-mana kotak peraduan yang telah disediakan di pasar Raya-pasar Raya berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan bolehlah melayari laman sesawang di www.liansin.com.my atau hubungi 082-333555.

Advertisement