Anda di sini

Seminar Percukaian dan Bajet 2017 anjuran Ernst & Young Consultans

Advertisement
 Robert menyampaikan ceramahnya di hadapan para peserta.

BAYAR CUKAI DENGAN BETUL: Robert menyampaikan ceramahnya di hadapan para peserta.

BINTULU: Keseluruhan Bajet 2017 yang dibentang lebih menumpu kepada golongan berpendapatan rendah, namun berlaku peningkatan harga petrol dan minyak masak selepas dua minggu bajet itu dibentangkan.

Ketua Perkhidmatan Aset Tetap, Asia-Pasifik, Rakan dan Percukaian Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd Pusat Bandar Damansara Kuala Lumpur, Robert Yoon berkata, meskipun berlaku keadaan seumpamanya, bajet tersebut tidak begitu kontra apabila melihat terdapatnya penambahan dari segi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk golongan berpendapatan rendah di beberapa peringkat.

Begitupun katanya, untuk sektor perniagaan, tumpuan terhadap sektor itu tidak banyak tetapi lebih banyak kepada penguatkuasaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan.

“Keadaan itu menuntut agar pembayar cukai mengemuka GST dan cukai pendapatan dengan betul,” ujarnya semasa mengulas mengenai Bajet 2017 sempena Seminar Percukaian dan Bajet 2017 anjuran Ernst & Young Consultans Sdn Bhd yang dihadiri 100 peserta di Dewan Emerald Hotel Promenade Bintulu, semalam.

Robert merupakan penceramah pertama yang menyampaikan ceramah dalam seminar bajet tersebut semalam.

Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu antaranya mengenai gambaran ekonomi Malaysia 2016, cadangan Bajet 2017 (Bahagian I dan II), aliran terkini dasar cukai dan kontroversi dalam Malaysia.

Selain itu, turut menyentuh mengenai cara membuat percukaian digital untuk perniagaan, kes percukaian terkini iaitu kunci kemenangan kepada pembayar cukai dan halangan yang perlu dielakkan serta sesi soal jawab.

Advertisement