Anda di sini

Dua cedera kenderaan terbabas

Advertisement

 Kenderaan yang terbabas di Jalan Kimanis berhampiran Kampung Bariawa Ulu.

MALANG: Kenderaan yang terbabas di Jalan Kimanis berhampiran Kampung Bariawa Ulu.

KENINGAU: Dua cedera parah selepas kenderaan dipandu terbabas pada kemalangan di Kilometer 10 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Lee Nyuk Kim berkata pada kejadian jam 10.15 malam itu, pemandu seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun dan penumpangnya seorang wanita berumur 21 tahun mengalami kecederaan.

Katanya kemalangan itu berlaku di Jalan Kimanis berhampiran Kampung Bariawa Ulu semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Kimanis menuju ke Pekan Keningau.

“Semasa menurun bukit, kereta dipandu mangsa jenis Proton Saga Aeroback hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar pokok kayu di seberang parit, dan terputus dua menyebabkan kedua-dua mangsa terkeluar dari kereta.

“Penumpang kenderaan itu tertindih bahagian enjin kereta. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di bahagian kecemasan Hospital Keningau,” katanya.

Lee berkata pemandu kenderaan mengalami kecederaan patah bahu, luka bahagian kaki dan badan sementara wanita berkenaan patah kaki.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement