Anda di sini

Pelbagai tawaran istimewa ulang tahun ke-9 AirAsia X

Advertisement

Antara tawaran promosi tempat duduk dengan RM99 sehala

SEPANG: AirAsia X, syarikat penerbangan tambah rendah jarak jauh menyambut ulang tahunnya yang ke- 9 dengan pelbagai tawaran istimewa.

Antara tawaran yang disediakan termasuk promosi tempat duduk dengan tambang asas bermula dari RM99 sehala dan hadiah penerbangan percuma setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Benyamin Ismail berkata, syarikat telah berkembang dengan begitu pesat sejak mula beroperasi pada tahun 2007.

“Kami kini menawarkan penerbangan ke 23 destinasi merentasi empat benua dan memiliki 30 pesawat Airbus A330-300 dengan lebih 19 juta penumpang telah diterbangkan.

“Kami telah berjaya melakukan semua ini dalam masa satu dekad sahaja! Ini adalah pencapaian yang besar dan kami tidak mungkin akan dapat melakukannya tanpa dedikasi daripada seluruh anggota Allstars dan sokongan yang tidak berbelah bahagi tetamu setia kami,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

AirAsia X juga berharap sambutan ulang tahun yang ke-9 ini akan menjadi sesuatu yang bermakna dengan tawaran 99,999 tempat duduk promosi bermula dari hanya RM99 bagi tambang asas sehala untuk semua tetamu AirAsia X.

“Tawaran ini juga adalah bagi memperingati semula tambang yang telah ditawarkan semasa pelancaran laluan pertama kami iaitu ke Gold Coast, di mana syarikat bermula untuk merealisasikan impian semua orang untuk terbang.

“Dan kini tetap meneruskannya walaupun selepas 9 tahun. Sambutan ini menjadi lebih istimewa dengan pesawat yang dilengkapi liveri khas ulang tahun ini di mana ianya didedikasikan untuk semua tetamu dan anggota Allstars yang menjadi tunjang pendorong bagi syarikat ini,” tambahnya.

Sembilan tahun dilalui dengan pelbagai cabaran bagi AirAsia X, namun Benjamin percaya bahawa syarikat telah melalui keadaan yang paling sukar dan kini sedang menikmati apa yang kita telah usahakan menerusi inisiatif pemulihan berterusan.

Mencatat keuntungan bagi tiga suku berturut-turut hanyalah satu permulaan, dengan semangat dan kerja keras yang diberikan dari setiap seorang anggota Allstars, syarikat yakin untuk mencapai keuntungan sepanjang tahun dan membawa syarikat penerbangan ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Terima kasih kepada rakan-rakan perniagaan kami, pihak berkuasa lapangan terbang, dan badan-badan pelancongan yang mempercayai dan memberi sokongan kepada kami, termasuk AirAsia X Allstars yang telah menjadikan impian ini suatu kenyataan, “ kata Benyamin.

Tempahan sempena promosi ulang tahun yang ke-9 AirAsia X boleh didapati di laman sesawang airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang sehingga 6 Nov 2016 bagi tempoh perjalanan dari 6 Februari hingga 28 Oktober 2017.

Para tetamu yang akan mengambil penerbangan AirAsia X (Penerbangan Kod D7) dan berlepas pada 2 November juga akan menikmati makanan panas ala-carte hanya pada harga RM9 dengan pembelian atas kapal, ianya adalah diskaun sebanyak 50 peratus daripada harga asal didalam menu kami.

Sebagai sebahagian daripada pemberian ulang tahun itu, syarikat juga menyediakan permainan interaktif dalam talian yang dikenali sebagai “AirAsia X Cloud 9 Xperience”.

Pengumpul markah tertinggi setiap hari pada minggu ulang tahun ini iaitu dari 31 Oktober hingga 6 November 2016 akan memenangi dua tiket penerbangan pergi balik ke mana-mana destinasi AirAsia X (Kod Penerbangan D7), manakala pengumpul markah terbanyak keseluruhan dalam minggu tersebut juga akan memenangi dua tiket penerbangan serta tempat penginapan selama empat malam.

Advertisement