Anda di sini

Hanya tiga keluarga masih di pusat pemindahan banjir

Advertisement

KOTA KINABALU: Hanya sembilan daripada 54 orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Mini Pejabat Daerah Kecil Membakut kelmarin, masih berada di pusat pemindahan berkenaan.

Pegawai Daerah Beaufort, Said Othman berkata seramai 45 orang daripada 14 keluarga telah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing kira-kira jam 10 pagi semalam manakala tiga keluarga lagi masih kekal di sana.

“Bagaimanapun, kita akan terus memantau keadaan memandangkan keadaan cuaca di sini masih mendung. Pusat pemindahan sentiasa bersedia menerima mangsa pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin 54 orang daripada 17 keluarga dari beberapa kampung di sekitar Daerah Kecil Membakut dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan berikutan limpahan air dari Sungai Membakut akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak dua hari lalu. — Bernama

Advertisement