Anda di sini

Tugu pahlawan kenang jasa pejuang di pendam bungkang

Advertisement
 Gramong diapit oleh isterinya Catherine bersama Allan (empat kiri) dan Alexander (empat kanan) ketika upacara memotong reben pada perasmian Tugu Pahlawan Daearah Kanowit pagi semalam.

TERPAHAT SELAMANYA: Gramong diapit oleh isterinya Catherine bersama Allan (empat kiri) dan Alexander (empat kanan) ketika upacara memotong reben pada perasmian Tugu Pahlawan Daearah Kanowit pagi semalam.

KANOWIT: Peristiwa berdarah di Pendam Bungkang, Sungai Ngemah 46 tahun lalu kini akan dikenang selama-lamanya apabila nama 12 anggota Askar Sempadan (Border Scout) yang terkorban semasa bertempur dengan pengganas komunis pada 27 Ogos 1970, akhirnya terukir di Tugu Pahlawan Daerah Kanowit yang dirasmikan semalam.

Selain menjadi satu lagi lambang dan mercu tanda Kanowit, Tugu Pahlawan ini dibina untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka sebagai pejuang mempertahankan kedaulatan negara yang akan sentiasa dihargai dan diperingati oleh seluruh warga Kanowit khususnya dan negeri ini amnya.

“Hari ini (semalam) merupakan hari bersejarah bagi kita untuk memperingati jasa pahlawan tanah air yang telah terkorban ketika bertempur demi mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.

“Tugu ini dibina bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka demi mempertahankan negara, justeru membolehkan golongan generasi muda memahami sejarah tanah air ketika dibelenggu ancaman komunis,” kata Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Machan Datuk Gramong Juna ketika berucap pada majlis perasmian Tugu Pahlawan Daerah Kanowit di Dataran Kubu Emma di sini, pagi semalam.

Nama-nama 12 anggota Askar Sempadan yang disenaraikan di Tugu Pahlawan Daerah Kanowit ialah mereka yang terkorban semasa bertempur di Pendam Bungkang, Sungai Ngemah pada 27 Ogos 1970, iaitu Kpl Numbu Kelen, Kpl Lat Gangga, BS Pantau Baro, BS Kanchin Ligan, BS Gelau Sumor, BS Emba Garing, BS Senang Bajai, BS Skudan Dampa, BS Jantom Jalong, BS Jantom Narok, BS Brain Balit, BS Luyoh Jaul dan Kpl Kong Siew Long (Cawangan Khas Kanowit) yang terkorban pada 1969.

“Kita menjadi khuatir sekiranya ada lintar pintas lagi. Bagi kes ini, ia dikategori sebagai bencana sebelum dinilai dan dilapor JPNS untuk dimaju ke Jabatan Pendidikan Malaysia (JPM).

“Permohonan untuk peruntukan bercana akan dibuat. Tetapi taksiran akan dibuat JKR bagi menilai kerosakan dan bantuan dipohon kepada JPM di bawah peruntukan bencana,” katanya.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa ia tidak akan mengambil masa lama untuk dilaksana bagi membantu sekolah yang ditimpa musibah.

Mengulas mengenai majlis itu, Fatimah berharap setiap lapisan masyarakat mempunyai perasaan ingin tahu untuk berinteraksi, bersosial dan memahami antara satu sama lain mengenai adat resam, upacara berkaitan dengan perayaan termasuk mewujudkan rasa saling menghormati.

Advertisement