Anda di sini

Jangan ketinggalan Penghabisan Jualan Gudang FUHO Digital

Advertisement
Pengarah FUHO Digital Sdn Bhd Daniel Peh (tengah) bersama Penolong Pengurus Samsung Eric Pang (kanan) serta Promoter, Richard Bong menunjukkan replika jaminan lima tahun untuk televisyen jenama Samsung di FUHO Digital di Jalan Padungan.

JAMINAN:Pengarah FUHO Digital Sdn Bhd Daniel Peh (tengah) bersama Penolong Pengurus Samsung Eric Pang (kanan) serta Promoter, Richard Bong menunjukkan replika jaminan lima tahun untuk televisyen jenama Samsung di FUHO Digital di Jalan Padungan.

KUCHING: Warga Kuching dipelawa mengunjungi FUHO Digital Sdn Bhd, iaitu premis menjual produk elektronik dan elektrik Samsung sempena dengan Penghabisan Jualan Gudang bermula pada 28 hingga 31 Oktober ini.

Menurut jurucakapnya, sepanjang tempoh berkenaan pelanggan boleh mendapat pelbagai promosi termasuk televisyen jenama Samsung, barangan elektrik Samsung serta telefon bimbit Samsung.

Bagi televisyen jenama Samsung sebelum ini mereka menawarkan jaminan sehingga dua tahun sahaja namun sempena promosi berkenaan, pelanggan boleh mendapat jaminan lima tahun untuk televisyen mereka.

Selain televisyen, bagi mereka yang mencari barangan seperti set teater kediaman, barangan elektrik termasuk vakum serta ketuhar gelombang mikro ia kini bukan sahaja boleh didapati dengan harga menarik tetapi tempoh jaminan dua tahun berbanding setahun sebelum ini.

Kesemua tempoh jaminan bagi produk-produk berkenaan hanya akan ditawarkan sepanjang tempoh promosi selama empat hari itu.

Bagi peminat telefon bimbit jenama Samsung, juga disarankan mengunjungi FUHO Digital kerana mereka menawarkan harga istimewa sepanjang tempoh berkenaan.

Promosi berkenaan ditawarkan di kedua-dua outlet FUHO Digital di Kuching iaitu di Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka dan di Jalan Datuk Wee Kheng Chiang (berdekatan Hotel Kuching Park) di Padungan.

Pelanggan boleh berkunjung ke premis di Jalan Padungan yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Advertisement