Anda di sini

Ekspo tahunan Teknologi Peralatan Pertanian & Minyak Sawit Antarabangsa Malaysia di Pusat Industri, Kota Kinabalu, Sabah

Advertisement

b16103006KUALA LUMPUR: Persidangan dan Ekspo Teknologi Peralatan Pertanian & Minyak Sawit Antarabangsa Malaysia Ke-7 akan diadakan pada 9 – 11 November 2016 di Pusat Dagangan Sabah, Kota Kinabalu, yang disokong dan diendos oleh Kerajaan Negeri Sabah, MPIC (Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi), MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia), MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), SAWIT POIC (Kluster Perindustrian Minyak Sawit SAWIT), POIC Sabah Sdn Bhd, APDAM (Persatuan Pembangunan dan Perlindungan Pertanian Malaysia) dan EMPA (Persatuan Penanam Malaysia Timur).

Dalam acara antarabangsa ini yang dirasmikan oleh Datuk Seri Mah Siew Keong (Menteri Industri Perladangan & Komoditi), dan turut disertai tetamu-tetamu VIP, Datuk Dr Choo Yuen May (Bekas Ketua Pengarah MPOB), Datuk Dr Pang Teck Wai (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) POIC Sabah Sdn Bhd), Datuk Othman Bin Walat (Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu), Dato Dr Chai Chen Hing (Presiden Persatuan Pembangunan dan Perlindungan Pertanian Malaysia) dan Datuk Yap Yun Fook (Presiden Persatuan Penternak Tenusu Sabah).

Ia turut dimeriahkan lagi oleh nama-nama besar seperti Sawit Kinabalu Sdn Bhd, POIC Sabah Sdn Bhd, Schneider Electric (M) Sdn Bhd, Xylem Water Solutions Malaysia Sdn Bhd, Mitsubishi Electric Asia Pte Ltd, Agrifert Marketing Sdn Bhd, Yara International (M) Sdn Bhd, Palm King dan Entech Inc dan banyak lagi yang turut mempamerkan produk mereka yang terkini seperti Mesin Industri Minyak Sawit, Peralatan Pemisahan Emparan, Pam Air, rawatan Sisa Air, Produk Berasaskan Bio serta Injap & Aksesori.

Sementara itu, kami menjangkakan 3,500 pelawat tempat dan dari seberang laut seperti UK, Indonesia, Singapura, China, Jepun, Korea dan banyak lagi untuk melawat acara antarabangsa ini.

Acara julung kali ini menjangka untuk mendapatkan transaksi jualan bernilai RM50 juta selama tiga hari ia berlangsung.

Pada tahun ini, Worldex Trade Media juga sempena Anugerah Kecemerlangan Agro Malaysia Ke-2 akan mengiktiraf status sosial para petani, usahawan dan penjawat awam dalam industri berkaitan pada hari kedua pada 10 November 2016, jam 11.40 pagi.

Acara dua hari dengan kemasukan percuma bagi ‘A Renewable Future Driven with Malaysian Palm Oil Based Green Technology’ (Masa Depan Boleh Diperbaharui yang Dipacu dengan Teknologi Hijau Berasaskan Minyak Sawit Malaysia) dan ‘Agricultural Technology Seminar’ (Seminar Teknologi Pertanian) akan diadakan seiringan dengan pameran itu pada 9 November 2016 pada jam 10.30 pagi dan 10 November 2016 pada jam 2.30 petang.

Penceramah terkenal dari MPOB, POIC Sabah Sdn Bhd, eDesignPalm Consultancy, Aqueous Biotech Sdn Bhd, Schneider Electric (M) Sdn Bhd, Borneo Simbolik Sdn Bhd, Pintas Consulting Group Sdn Bhd dan banyak lagi akan berkongsi tentang teknologi biomas minyak sawit terkini kepada para pemain industri minyak sawit tempatan di simposium dan seminar ini.

Ceramah-ceramah utama persidangan termasuk ‘Failure of My Vertical Sterilizer’ (Kegagalan Pensteril Tegak Saya) oleh Ng Keng Phoy, ‘Integrated Recovery And Regeneration System: The Future Of Palm Oil Mill’ (Sistem Penumbuhan Semula dan Pemulihan Bersepadu: Masa Depan Kilang Minyak Sawit) oleh MPOB, ‘Driving Sustainable Dairy Farm Profitability Ahead’ (Memacu Keuntungan Ladang Tenusu Lestari ke Hadapan) oleh Datuk Yap Yun Fook dan ‘Agricultural Intellectual Property Rights, Protect The Fountain Of Wealth’ (Hak Harta Intelek Pertanian, Lindungi Sumber Kekayaan) oleh Lok Choon Hong.

Selain ekspo dan persidangan, peserta dialu-alukan untuk menyertai lawatan ke ladang tenusu terbesar di Malaysia di Keningau pada 11 November jam 8.30 pagi, diketuai Usahawan Pertanian Cemerlang, Datuk Yap Yun Fook.

Walaupun ia adalah antara pengeluar minyak sawit utama di Malaysia, Sabah tidak pernah mengadakan pameran minyak sawit antarabangsa sebesar ini.

Dato’ Jerel Soo, Pengarah Kumpulan Worldex Trade Media Sdn Bhd yang mengilhamkan acara ini, berjanji untuk menganjurkan acara ini setiap tahun bagi memastikan industri minyak sawit di sini sentiasa dididik dan dikemaskinikan mengenai kemajuan terkini dalam teknologi menerusi pameran antarabangsa yang penting ini dan memaparkan pempamer kelas dunia dari Singapura, Malaysia, UK, Amerika Syarikat, China, Korea, Itali, Jerman, Indonesia, Jepun dan lain-lain.

Kemasukan ke acara ini adalah percuma dan terbuka hanya kepada pelawat dagangan serta institut pendidikan.

Pelawat yang ingin mendaftar awal dalam talian untuk mengelak daripada berbaris bagi acara ini boleh berbuat demikian sekarang di www.palmoil-expo.com atau www.agri-malaysia.com.

Institut pendidikan yang ingin mengendalikan lawatan ke acara ini boleh menghubungi Eugenie menerusi emel [email protected].

Advertisement