Anda di sini

‘BB Love Box’ kembali lagi dari 30 Okt hingga 2 Disember

Advertisement

 (Dari kiri) April, Lenny, Wendy, Sim, Desmond, Helen dan Morgan memperkenalkan ‘BB Love Box 2016’.

JOM SERTAI KAMI: (Dari kiri) April, Lenny, Wendy, Sim, Desmond, Helen dan Morgan memperkenalkan ‘BB Love Box 2016’.

KUCHING: BB Love Box kini kembali lagi di tiga pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini yang bermula dari 30 Oktober hingga 2 Disember nanti.

Kempen anjuran 2nd Kuching Company Boy Brigade itu menyasarkan 5,000 pelbagai barangan hasil sumbangan daripada orang ramai di bandar raya ini.

Menurut Kapten Sim Tze Sian, sepanjang tempoh tersebut BB Love Box dibuka di Vivacity berdekatan pasar raya Everrise dari jam 10 pagi hingga 8 malam, Crown Square (10 pagi hingga 8 malam) dan Kuching Sentral setiap Sabtu dan Ahad (10 pagi hingga 8 malam).

“TeaFM adalah radio rasmi kita sepanjang kempen BB Love Box ini, sehubungan itu kita mempelawa warga kota memberi sumbangan seperti barang keperluan harian dan barangan sekolah,” katanya pada sidang media di Vivacity di sini semalam.

Beliau menjelaskan orang ramai yang ingin menyertai BB Love Box hanya perlu tampil ke gerai pameran yang dibuka di tiga pusat beli-belah berkenaan.

“Kita 2nd Kuching Company The Boy Brigade bersama Gereja Trinity Methodist turut akan mengadakan Parti Krismas di sepuluh lokasi yang terpilih,” tambah Sim.

Antara lokasi itu, Vivacity pada 5 November (2 hingga 3.30 petang), Rumah Kanser Kanak-Kanak (3 Disember), Crown Tower (10 Disember jam 12 tengah hari), Kilang Besi (13 Disember jam 7.30 malam), Sungai Apong (14 Disember jam 7.30 malam), Sejingkat (15 Disember jam 5 petang), Jalan Chawan (16 Disember jam 5 petang), Kampung Kudei (17 Disember jam 2 petang), Salvation Army (17 Disember jam 2 petang) dan Tebedu Bunan (18 Disember jam 3 petang).

“Kesemua barangan makanan yang hendak disumbangkan perlulah mempunyai tarikh luput dan halal,” ujarnya.

Selain itu, katanya orang ramai yang ingin menderma berbentuk wang tunai RM10 akan diberikan beg eko BB Love Box edisi khas yang terhad.

Hadir sama pada sidang media itu semalam Lt Desmond Chan, Pegawai Waran Wendy Phang, Eksekutif Kompleks Kuching Sentral Helen Tay, Pengurus Perancangan dan Program TeaFM April Lau, Pengurus Program Lenny Chew dan Pengurus Coramax Mall Sdn Bhd Morgan Chai.

Advertisement