Anda di sini

Sarawak Energy, GE dan Sinohydro tandatangani perjanjian

Advertisement
 Torstein bertukar dokumen perjanjian bersama Venkat sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

JALIN KERJASAMA: Torstein bertukar dokumen perjanjian bersama Venkat sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Bina Blok 400MW Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) di Tjg Kidurong

KUCHING: Sarawak Energy menandatangani perjanjian bersama General Electric (GE) dan Sinohydro bagi pembinaan Blok 400 MW Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) di Tanjung Kidurong, Bintulu.

Projek yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu akan bermula hujung November nanti dan dijangka siap pertengahan 2019.

Projek itu akan menyaksikan kemajuan baharu teknologi turbin gas yang lebih efisien dalam kitaran padu gas menggantikan turbin yang sedia ada di Stesen Janakuasa Tanjung Kidurong, Bintulu.

Blok CCGT baharu itu akan dibina dalam Stesen Janakuasa Tanjung Kidurong, Bintulu.

Projek itu akan menyaksikan GE, peneraju penyelesaian penjanaan kuasa untuk utiliti akan mengetuai kontraktor Engineering Procurement & Construction (EPC) bersama rakan konsortium Sinohydro, China.

Kontrak itu merupakan pakej utama bagi projek tersebut yang menawarkan enam pakej.

Pakej yang tinggal pula dibuka untuk kontraktor tempatan yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Sarawak Energy dalam memaksimumkan penglibatan penyertaan kontraktor tempatan di negeri ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu semalam menyaksikan Sarawak Energy diwakili Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan Datuk Torstein Dale Sjotveit, Ketua Pegawai Operasi Lu Yew Hung dan Naib Presiden Esekutif SEB Power James Ung.

Kontrak itu ditandatangani bersama empat syarikat konsortium, GE Power Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, GE (Switzerland) GmbH, Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd dan Sinohydro Corporation Ltd.

GE Power Solutions (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Pengurus Kanan Perancangan dan Jualan Julian Ng Hon Leong, Pengurus Kanan Tender Tiew Richard, GE (Switzerland) diwakili Pengurus Besar Wilayah Venkat Kannan dan Pengarah Jualan Wilayah Vasu Swami.

Manakala Sinohydro Corporation (M) Sdn.

Bhd diwakili Pengurus Besar Kanan He Feng dan Pengurus Kanan Perniagaan Vincent Kok Chen Yung.

Sementara itu, Sinohydro Corporation Ltd diwakili Naib Presiden Esekutif Liu Wei dan Pengurus Kanan Gu Hongliang.

Majlis itu juga menyaksikan perjanjian jangka masa panjang ditandatangani ‘Long Term Service Agreement’ (LTSA) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan operasi serta sokongan untuk jana kuasa tersebut bagi tempoh lapan tahun.

Selain itu, LTSA itu juga termasuk latihan kepada tenaga kerja, bekalan alat gantian serta melaraskan Comput e r i s ed Ma int e – nance Management System (CMMS).

Torstein berkata, dengan kemajuan teknologi baharu itu akan menyaksikan penjanaan elektrik di negeri ini akan lebih efisien sekali gus mampu menampung keperluan di negeri ini.

 

Advertisement