Anda di sini

M’sia terus tambah baik iklim perniagaan

Advertisement

Satu daripada 17 ekonomi yang melaksanakan pembaharuan di Asia Timur, rantau Pasifik

KUALA LUMPUR: Laporan Menjalankan Perniagaan World Bank Group mendedahkan Malaysia meneruskan usahanya untuk menambah baik iklim perniagaan bagi usahawan tempatan.

Laporan itu, ‘Menjalankan Perniagaan 2017: Peluang Sama Rata bagi Semua’ yang dilancarkan semalam juga mendapati Malaysia adalah satu daripada 17 ekonomi yang melaksanakan pembaharuan di Asia Timur dan rantau Pasifik pada tahun lepas.

Pengurus Negara World Bank Group bagi Pengetahuan Global dan Hab Penyelidikan di Malaysia, Faris H. Hadad-Zervos, berkata Malaysia melaksanakan dua pembaharuan perniagaan tahun lepas termasuk mengukuhkan pelaporan kredit dengan menyediakan skor kredit pengguna.

“Dengan perubahan ini, Malaysia memperoleh skor sempurna bagi kekuatan indeks maklumat kredit Petunjuk Menjalankan Perniagaan Mendapatkan Kredit,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran laporan itu, di sini, semalam.

Menurut laporan itu, Malaysia juga memudahkan cara untuk membayar cukai dengan memprkenalkan sistem dalam talian bagi mengisi dan membayar cukai barangdan perkhidmatan, mengurangkan bilangan pembayaran untuk mematuhi cukai kepada sembilan bagi syarikat bersaiz sederhana daripada 13 pada tahun sebelumnya.

Faris berkata Malaysia terus menjadi antara 15 negara mencatatkan prestasi utama di dunia dalam berurusan dengan permit pembinaan, yang memerlukan masahanya 79 hari untuk memperoleh permit pembinaan berbanding purata global 156 hari.

“Malaysia juga mengekalkan kedudukannya tahun ini sebagai ekonomi ketiga terbaik di dunia dari segi melindungi pelabur minoriti,” katanya.

Petunjuk cukai pembayaran cukai bagi laporan ini pada tahun ini telah diperluaskan dengan memasukkan langkah-langkah proses pasca pengisian berkaitan dengan audit cukai dan pembayaran balik cukai.

Faris berkata Malaysia mencatatkan prestasi baik dalam langkah ini, mengambil masa kira-kira lima jam untuk mematuhi audit cukai pendapatan korporat berbanding purata serantau 18 jam. — Bernama

Advertisement