Anda di sini

Siri jelajah terakhir SHEDA 2016 di Boulevard 11-13 November

Advertisement

 Barapui Balangalibun (tengah) memperlawa pengunjung hadir memeriahkan program Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Ke-3 di Kuching, bulan depan.

JELAJAH TERAKHIR: Barapui Balangalibun (tengah) memperlawa pengunjung hadir memeriahkan
program Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Ke-3 di Kuching, bulan depan.

 

KUCHING: Siri jelajah terakhir Persatuan Perumahan Sarawak dan Pemaju Hartanah (SHEDA) 2016 akan diadakan di Boulevard Shopping Mall pada 11 hingga 13 November depan.

Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Ketiga itu akan menjadi pusat sehenti untuk pengguna dan pelabur yang sedang mencari tawaran terbaik untuk produk berkaitan serta perkhidmatan.

Pengerusi penganjur, Barapui Balangalibun menjemput pemaju yang berminat untuk mendaftarkan penyertaan mereka sekarang kerana masih terdapat gerai disediakan untuk mempamerkan projek-projek semasa dan baharu mereka.

Pemain industri berkaitan juga dijemput untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka pada pameran bergerak ini.

Penganjuran kali ketiga itu akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk tawaran cabutan bertuah menerusi peraduan beli dan menang.

Selain itu, Persatuan Perubatan Tradisional Kuching akan mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung di samping pertandingan mewarna disediakan untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan gerai atau maklumat lanjut, sila hubungi Angelina Chai di 019-816 2191 atau e-mel di [email protected].

Advertisement