Anda di sini

Institusi pendidikan berperanan penting lahir generasi berilmu

Advertisement

TAWAU: Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda dan melahirkan anak-anak yang berilmu.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dalam sektor pendidikan bagi memudahkan generasi muda dan belia menuntut ilmu pengetahuan, sekali gus menceburi pelbagai bidang profesional.

Katanya langkah itu diberi penekanan sejajar usaha kerajaan membentuk generasi berpendidikan tinggi, berdaya saing, maju serta mampu memimpin negara pada masa depan.

“Ibu bapa perlu memberikan penekanan dan keutamaan terhadap aspek pendidikan anak dan bukan menyerah sepenuhnya kepada guru semata-mata.”

Katanya, keperluan pendidikan kepada anak-anak hari ini penting untuk masa depan mereka dan negara.

“Jangan sandarkan tanggungjawab kepada guru semata-mata sebaliknya ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak itu.”

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Graduasi Pra-Universiti SMK Balung 2016 di sini.

Ramlee yang juga ADUN Bugaya menyeru ibu bapa tidak menjadikan alasan kemiskinan untuk tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka.

“Walau ada segelintir masyarakat serba kekurangan tetapi kerajaan amat mengutamakan pendidikan,” katanya.

Kerajaan Malaysia menurutnya merupakan kerajaan yang terbaik dan negara yang paling mengutamakan pendidikan dan telah menyedikan peruntunkan berbilion-bilion ringgit khusus untuk memberikan pendidikan yang terbaik setiap rakyat di negara ini.

Hadir sama pada majlis itu Pengetua SMK Balung Matnoor Sima.

Advertisement