Anda di sini

BOH perkenal teh perisa baharu ‘Green Tea Latte’

Advertisement

 (Dari kiri) Eiyen, Lester, Melanie dan Yeo memperkenalkan BOH Green Tea Latte.

RASAI SENDIRI: (Dari kiri) Eiyen, Lester, Melanie dan Yeo memperkenalkan BOH Green Tea Latte.

KOTA SAMARAHAN: BOH Plantations Sdn Bhd memperkenalkan minuman teh perisa baharu, ‘Green Tea Latte’ yang kini boleh didapati di pasar raya Farley di Bandar Riyal, Jalan Muara Tuang di sini.

Latte berkrim lembut itu diperbuat dengan bahan asli dan dari serbuk Matcha Jepun semula jadi serta dicampur dengan ekstrak daun Stevia yang memberi kesihatan kepada pengguna.

Ekstrak daun Stevia bertindak sebagai pemanis semula jadi bagi menggantikan penggunaan gula tanpa menjejaskan rasa berkrim minuman itu dan pada masa sama mengandungi kurang kalori.

Menurut Pengurus Jualan DKSH Malaysia Sdn Bhd Lester Chung, bersempena dengan pelancaran Green Tea Latte, BOH mengadakan jerayawara di Farley, Bandar Riyal, Jalan Muara Tuang di Kota Samarahan bermula semalam hingga 23 Oktober ini.

Pelanggan berpeluang untuk menikmati minuman sampel percuma sepanjang jerayawara itu.

Boh Plantations merupakan syarikat teh terbesar di Malaysia yang memiliki ladang teh seluas 12,000 hektar di kawasan tanah tinggi dan rendah.

Hadir sama pada majlis pelancaran jerayawara itu semalam pemilik ialah Farley Eiyen Lau, Pengurus Perakaunan (Barangan Pengguna) DKSH Malaysia Melanie Yong dan Penolong Pengurus Besar Yeo Boon Juinn.

 

Advertisement