Anda di sini

Rumah keluarga mentua Setiausaha Kerajaan Negeri musnah terbakar

Advertisement

Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Rumah milik keluarga isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani musnah dalam kebakaran di Kampung Lintang pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.10 pagi dan tiba di lokasi pada jam 6.21 pagi.

"Sampai di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis banglo dua tingkat telah terbakar pada kadar 90 peratus musnah.

"Operasi pemadaman menggunakan dua aliran, empat nozel dari sumber air terbuka (sungai) yang berdekatan sehingga kebakaran padam sepenuhnya," katanya.

Menurutnya operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.36 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Morshidi turut berada dilokasi kejadian selepas mendapat tahu mengenai insiden tersebut.

TERBAKAR: Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Advertisement