Anda di sini

Bajet 2017 penuh tanggungjawab

Advertisement

Bajet dibentang utamakan perkongsian kekayaan negara kepada rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan bajet yang bertanggungjawab untuk tahun depan, yang akan mengambil kira keperluan semua segmen masyarat dan menunaikan janji pilihan raya yang dibuat kepada rakyat, kata seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan semalam.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada perkongsian kekayaan negara kepada rakyat, menawarkan peluang yang lebih besar dalam meningkatkan pendapatan menerusi peningkatan produktiviti, bekerja dari rumah serta mengurangkan beban kewangan dengan meningkatkan kuasa membeli.

Pegawai itu juga menolak tanggapan bahawa Bajet 2017 merupakan bajet pilihan raya.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan akan memberi tumpuan untuk menunaikan janji kepada rakyat, dari segi manfaat, perkhidmatan dan transformasi dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi.

Beliau berkata selain kenaikan satu tangga gaji yang sudah dijangkakan kepada sektor awam tahun ini, lebih 1.6 juta penjawat kerajaan itu juga akan menerima ‘manfaat tambahan’.

Secara keseluruhan, ‘tidak ada langkah ‘menyusahkan’ dalam bajet,” katanya pada taklimat media mengenai Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata Bajet 2017 akan bersandarkan harga purata minyak mentah sebanyak AS$45 setong yang merupakan pendirian konservatif kerajaan walaupun harga kini sekitar AS$52.

Ditanya mengenai kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), beliau berkata kutipan dijangkakan melepasi sasaran berdasarkan kutipan sehingga September tahun ini, hasil daripada pematuhan dan penerimaan yang lebih baik.

Menyedari keperluan mendesak untuk perumahan mampu miliki, beliau berkata langkah penting akan dilaksanakan bagi memastikan rumah mampu milik daripada bekalan dan permintaan, dalam Bajet 2017.

Insentif akan terus diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang merupakan tulang belakang sektor perindustrian negara, selain menggalakkan pelaburan domestik dan menarik pelaburan langsung asing.

Malaysia katanya akan melaksanakan disiplin fiskal bagi mengekalkan penarafan ‘A-’ yang diberikan oleh agensi-agensi penarafan global dengan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.1 peratus tahun depan dan merealisasikan bajet seimbangan dalam jangka panjang.

Usaha juga akan dilakukan bagi membantu isi rumah dalam kategori pendapatan B40 selain dalam kumpulan pendapatan pertengahan M40, sama ada secara langsung atai tidak langsung, selain kategori T20.

Beliau berkata kumpulan pendapatan pertengahan juga akan memperoleh manfaat dariada kecekapan sistem pengangkutan awam susulan sambungan Laluan LRT dan MRT pada Disember.

Menurutnya langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bajet sebelum ini membantu B40 merekodkan peningkatan tertinggi dalam pendapatan berbanding kumpulan lain.

Bagi siswazah muda, beliau berkata satu progam khas akan disediakan untuk membantu mereka menguasai kemahiran bagi meningkatkan kebolehgajian, dengan butiran mengenainya akan diumumkan esok.

Kadar pengangguran pada 3.4 peratus tahun ini akan dikurangkan kepada 3.2 peratus pada 2017, katanya dan menambah kerajaan akan terus mengenal pasti kaedah bagi meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara.

Beliau berkata rakyat wajar berusaha mencari jalan bagi meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan seperti menjadi pemandu Uber memandangkan kerajaan menggalakkan latihan kemahiran dan produktiviti berbanding memberi bantuan.

Mengenai rasuah, beliau memuji usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menahan mereka yang bertanggungjawab menyalahgunakan kontrak air bernilai berjuta-juta ringgit.

Mengenai bajet alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang, beliau berkata ia bertujuan mengelirukan rakyat memandangkan ia tidak berdaya maju dari segi kewangan.

Ada pihak juga menyebarkan tanggapan palsu bahawa kerajaan sudah muflis, namun sebaliknya kerajaan kini berusaha ke arah pengurusan kewangan berhemat. — Bernama

Beliau berkata bajet akan mengaplikasikan pemikiran kreatif dengan sumber dan aset, dengan tanah dan bangunan akan dikongsi bersama oleh kementerian-kementerian bagi memastikan pengurusan sumber yang lebih baik walaupun kementerian-kemenetrian sebelum ini mengawal ketat aset masing-masing.

Antara cabaran tambahan yang perlu ditangani ialah jangka hayat rakyat Malaysia, dengan warga emas bimbang mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Menjelang 2035, Malaysia akan menjadi sebuah negara tua dengan 14.5 peratus penduduk akan berusia lebih 60 tahun, yang memerlukan kerajaan menyedikan dasar bagi menanganinya dalam tempoh jangka panjang. —Bernama

Advertisement