Anda di sini

Aksesori Ironman 4X4 boleh didapati di TCEAS terpilih di seluruh negara

Advertisement

// Olerh Adriana Mroon Ambrose //

c_pc0017165KUALA LUMPUR: Pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4, Rustcare Sdn Bhd, menyatakan bahawa produk tersebut kini sudah boleh didapati di Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Aksesori itu menawarkan pelanggan Navara sedia ada untuk meningkatkan tahap keselamatan, prestasi dan gaya hidup kenderaan 4×4 mereka dengan mudah.

Pelanggan kini boleh menghantar kenderaan 4×4 mereka untuk proses naik taraf suspensi di 38 buah TCEAS. Manakala perkhidmatan naik taraf bagi Ironman ‘Challenger Pack’ dan aksesori-aksesori lain boleh disiapkan di 12 pusat perkhidmatan TCEAS dipilih.

Pelanggan boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan merangkumi Kit Suspensi, Pemijak Sisi dan Rails atau Bar Tunda Perlindungan di Belakang (Rear Protection Tow Bar).

Pakej Challenger Pack, Challenger Pack PRO, Suspension Pack dan Suspension Pack Pro boleh didapati pada harga bermula RM5,000 hingga RM19,000.

Sempena pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4×4 ini juga, TCEAS akan memberikan tawaran pengenalan dengan diskaun ke atas semua pakej Ironman 4X4 termasuklah kos buruh dan aksesori. Selain promosi istimewa, Pakej Aksesori Ironman 4×4 kini hadir bersama Pelan Pembayaran Kredit Mudah 0% di mana-mana pusat servis TCEAS.

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman (suspensi sahaja) layak menerima jaminan produk selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km. Manakala aksesori lain hadir dengan jaminan selama setahun.

Pada masa sama, TCEAS turut mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengedaran SUPAGARD yang pertama di Malaysia.

Salun kereta dengan konsep ‘bilik Kaca-Cermin dan pendingin hawa’ di pusat 4S Nissan Glenmarie itu menawarkan perlindungan bertaraf dunia serta lebih nilai kepada para pelanggan Nissan.

Sebagai tambahan, Pusat 4S Nissan Glenmarie kini menawarkan khidmat servis, pembaikan dan diagnosis ke atas semua model Infiniti melalui Hab Servis serta Lounge Pelanggan yang baharu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838, atau Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Infiniti di talian 1800-88-3330.

Advertisement