Anda di sini

Hotel Century Kuching tawar promosi istimewa serendah RM100

Advertisement

Oleh Nick Fletcher//

 Antara bilik di Hotel Century Kuching yang ditawarkan pada harga promosi.

BERPATUTAN: Antara bilik di Hotel Century Kuching yang ditawarkan pada harga promosi.

KUCHING: Hotel Century Kuching yang dahulunya dikenali sebagai Four Points by Sheraton Kuching kini menawarkan kadar promosi istimewa serendah RM100 sebilik untuk penginapan satu malam.

Menurut wakil kehormat Hotel Century Kuching Datuk Michael Ting, kadar tersebut ditawarkan bagi semua bilik Deluxe di hotel berkenaan.

“Promosi ini bermula dari 18 Oktober (semalam) sehingga notis seterusnya dikeluarkan, bagi menghargai sokongan para pelanggan kami selama ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, Michael berkata hotel tersebut turut menawarkan kadar istimewa bagi bilik ‘Twin Sharing’ pada harga RM120 satu malam dan RM200 bagi penginapan satu malam di bilik ‘Junior Suite’.

“Di samping menikmati penginapan di hotel kami, pelanggan juga boleh menikmati makanan pada harga berpatutan iaitu RM10 seorang bagi bufet sarapan, RM30 seorang bagi bufet makan tengah hari dan RM40 seorang bagi bufet makan malam,” katanya.

Namun katanya, untuk menikmati tawaran makanan tersebut, pelanggan perlu mengesahkan atau membuat tempahan semasa daftar masuk.

Justeru, orang ramai kini boleh membuat tempahan bagi bilik yang dikehendaki melalui http://www.centuryhotelgroup.com atau e-mel reservation.kuching@centurykuchinghotel.com atau hubungi 60(82) 280 888.

Orang ramai juga boleh melayari Facebook Century Kuching Hotel untuk promosi terbaharu.

Advertisement