Anda di sini

14 pilihan piza pada harga serendah RM5 di Pizza Hut seluruh Malaysia

Advertisement
 Pizza Hut mengadakan tawaran hebat untuk penggemar piza di seluruh negara.

HEBAT: Pizza Hut mengadakan tawaran hebat untuk penggemar piza di seluruh negara.

KUCHING: Pizza Hut Malaysia memperkenalkan promosi ‘Wow! Take Away’, sebagai tanda penghargaan kepada para peminat piza dengan 14 pilihan piza serendah RM5 satu.

Promosi tersebut sedang berlangsung di 370 premis restoran Pizza Hut seluruh negara bermula 18 Oktober sehingga 15 Disember ini.

“Di Pizza Hut, pihak kami akan sentiasa terus mencari cara untuk memberi kepuasan kepada penggemar dan salah satunya adalah dengan memberikan tawaran menarik untuk pilihan piza yang terdapat di semua premis kami,” kata Ketua Pegawai Operasi Pizza Hut Malaysia.

“Kita faham banyak dalam kalangan orang kita yang mahu mencari pilihan makanan pada harga yang mempunyai nilai untuk duit mereka belanjakan dan boleh dikongsikan bersama keluarga dan sahabat handai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Justeru, Pizza Hut menawarkan pelanggan dengan pelbagai pilihan menggunakan ramuan segar pada harga RM5 untuk saiz personal (jimat RM6.50) daripada harga sedia ada, RM10 untuk saiz regular (jimat RM14.20) dan RM15 untuk piza bersaiz besar (jimat RM19.80).

Ia juga terbuka kepada tujuh jenis pilihan ‘toppings’ termasuk ‘Aloha Chicken’, ‘Island Tuna’ dan ‘Hawaiian Chicken’ dan pelanggan boleh memilih sama ada dihidangkan dalam bentuk ‘Pan’ atau ‘Hand Streched Crust’.

Turut hadir semalam ialah Eksekutif Pemasaran Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd Sarawak, Taib Thomas.

Advertisement