Anda di sini

Pasar raya TKS, pemborong Syn Lee Fah musnah dalam kebakaran

Advertisement

SANDAKAN: Sederet bangunan menempatkan pasar raya TKS dan Syarikat Pemborong Syn Lee Fah di Batu 8 Jalan Labuk di sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM11 juta.

Ia merupakan kebakaran ketiga membabitkan pasar raya di daerah ini iaitu dua sebelum ini milik Fung Meng pada 20 Sept dan 10 Okt lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata jumlah kerugian itu berdasarkan anggaran awal yang diterima daripada pemilik dua premis itu dengan kerugian RM9 juta membabitkan premis syarikat pemborong Syn Lee Fah, manakala pasar raya TKS RM2 juta.

Katanya operasi memadamkan kebakaran itu membabitkan 31 anggota menggunakan empat jentera dan tiga kenderaan utiliti.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 6.10 pagi dan api dapat dikawal dua jam kemudian.

Mohd Razali berkata punca dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan. — Bernama

Advertisement