Anda di sini

Perbelanjaan PKS bagi produk keselamatan cecah RM340 juta

Advertisement

Dijangka hasilkan produktiviti lebih tinggi dan operasi cekap

 Konttinen (kanan) berjabat tangan dengan Naib Presiden Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Norhizam Abdul Kadir (kiri) pada acara ‘Finnish Giants Investments in Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengarah dan Ketua Pengurus APAC F-Secure Corporation Ingvar Froiland (dua kanant) dan Ketua Region Corporate Sales APAC F-Secure Corporation Amit Nath (tiga kanan). — Gambar Bernama

UNTUK ALBUM: Konttinen (kanan) berjabat tangan dengan Naib Presiden Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Norhizam Abdul Kadir (kiri) pada acara ‘Finnish Giants Investments in Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengarah dan Ketua Pengurus APAC F-Secure Corporation Ingvar Froiland (dua kanant) dan Ketua Region Corporate Sales APAC F-Secure Corporation Amit Nath (tiga kanan). — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan ke atas produk keselamatan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun ini dijangka mencecah RM340 juta dan meningkat kepada RM500 juta pada 2017, menurut F-Secure Corporation.

Ini dijangka menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan operasi yang cekap, kata Ketua Pegawai Eksekutif Samu Konttinen.

Beliau juga berkata model perniagaan syarikat yang berpangkalan di Eropah di Malaysia itu antara yang boleh diguna pakai oleh PKS, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

“Kami bekerjasama rapat dengan penjual semula dan pengedar tempatan dalam menjual produk kami di sini. Jabatan kerajaan di Malaysia turut mengetahui mengenai produk F-Secure,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Konttinen berkata pada tahun lepas, F-Secure melancarkan perkhidmatan perlindungan untuk perniagaan, iaitu platform berasaskan awan yang menawarkan kepada syarikat kelebihan yang diperlukan untuk lebih produktif, pada masa sama menjimatkan kos.

Beliau juga berkata pasaran Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk portfolio penuh syarikat bagi penyelesaian premis untuk bank dan syarikat insurans.

Sementara itu, ditubuhkan di Malaysia selama hampir 10 tahun, F-Secure menjadikan Malaysia sebagai hab keselamatan siber di rantau Asia.

“Selain kelebihan yang ketara seperti kerajaan mesra pelaburan, kami mendapati Malaysia sesuai untuk pendekatan yang menyeluruh.

“Di samping kumpulan tenaga kerja tempatan sedia ada, F-Secure bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan pembangunan berterusan kumpulan tenaga kerja tempatan yang berdaya maju,” kata Konttinen.

Daripada seorang pekerja kepada 200 orang hari ini, jurutera keselamatan F-Secure mengesan dan menganalisis ancaman setiap hari, menghalang penjenayah siber menggunakan virus dan malware untuk keuntungan.

Sebaik ancaman baharu dikesan, jurutera ini segera merangka dan mengeluarkan  kod atau atur cara baharu yang dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia. — Bernama

Advertisement