Anda di sini

Malaysia harap pilihan raya presiden Haiti dapat disegerakan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap penjadualan semula pilihan raya Presiden dan Parlimen Haiti dapat disegerakan berikutan trageditaufan Matthew minggu lepas yang membunuh hampir 1,000 penduduk.

Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Siti Hajjar Adnin berkata ia amat penting agar Haiti dapat meneruskan pemulihan pemerintahan berperlembagaan.

“Untuk itu, kami menyeru semua ahli politik dan pihak terlibat bekerjasama bersama pemerintah sementara dan suruhanjaya pilihan raya agar pilihan raya yangyang inklusif, boleh dipercayai, lancar dan telus dapat diadakan secepat mungkin,” katanya ketika perbahasan majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Misi Penstabilan di Haiti (MINUSTAH) di New York pada 11 Okt lalu.

Adalah dilaporkan undian yang dijadualkan pada 9 Okt dibatalkan apabila taufan melanda dan masih belum dijadual semula.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Malaysia mengalu-alu usaha ke arah pemantapan dan pengukuhan institusi kedaulatan undang-undang di Haiti, terutama langkah yang dibuat oleh Polis Negara Haiti (HNP).

“Kami mengalu-alu kerjasama erat antara HNP dan MINUSTAH dari segi   perancangan operasi dan latihan, serta pada operasi dan rondaan bersama memerangi jenayah dan keganasan berkaitan pilihan raya.

“Tidak syak lagi, situasi semasa terlalu mencabar bagi kerajaan sementara tambahan pula pasukan keselamatan terpaksa berdepan dengan pertambahan tuntutandaripada penduduk; kami berharap keselamatan, perlindungan dan kebajikan penduduk terutama wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas diberikeutamaan,” kata Siti Hajjar.

Pada masa yang sama, katanya, Malaysia berpendapat urusetia MINUSTAH boleh mengambil langkah awal, melakukan persediaan untuk kehadiran dan peranan PBB diHaiti tidak lama lagi dalam memahami sepenuhnya penilaian strategi yang akanberlaku selepas pelantikan presiden baharu. — Bernama

Sebelum ini dilaporkan Haiti teruk dibadai taufan Matthew pada 4 Okt lalu dengan angin kencang bertiup 145 batu sejam (233ksj) dan hujan lebat menyebabkan 1.4 juta penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan. — Bernama

Advertisement