Anda di sini

redONE bakal bekerjasama dengan platform e-buku Pubu

Advertisement

Oleh Adriana Mroon Ambrose//

 (Dari kiri) Pengarah Nuazure Business Development Hermann Tsao, Ketua Pegawai Jualan redONE Network Ben Teh, Pengasas Ketua Pegawai Eksekutif Nuazure JT Ph.D, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Network Ameen Amaendran Abdullah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif  redONE Network Farid Yunus dan Ketua Pegawai Operasi redONE Network Tee Yew Yao melancarkan perkhidmatan eBook Buffet, baru-baru ini.

BAHARU: (Dari kiri) Pengarah Nuazure Business Development Hermann Tsao, Ketua Pegawai Jualan redONE Network Ben Teh, Pengasas Ketua Pegawai Eksekutif Nuazure JT Ph.D, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Network Ameen Amaendran Abdullah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif redONE Network Farid Yunus dan Ketua Pegawai Operasi redONE Network Tee Yew Yao melancarkan perkhidmatan eBook Buffet, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Rangkaian redONE bakal bekerjasama dengan platform e-buku terbesar Taiwan, Pubu, yang pertama dilancarkan di Malaysia iaitu rekaan perkhidmatan ‘eBook Buffet’.

Perkhidmatan ini membolehkan anda serta keluarga anda menikmati kandungan elektronik tanpa terhad termasuk e-buku, surat khabar, komik dan majalah. Kandungan untuk pembaca boleh didapati dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Pendidikan adalah fokus utama kerjasama ini. Program ini tidak hanya menyediakan siri kandungan pelajaran dalam Pendidikan Islam, malah redOne dan Pubu turut menjalani beberapa inisiatif bagi mengguna pakai aplikasi pendidikan ini dalam memastikan perkhidmatan  eBook Buffet dilancarkan dengan jayanya.

Pubu menyediakan pelbagai pilihan daripada e-buku percuma sehingga premium untuk pembacanya. Selain itu, Pubu juga merupakan yang pertama melancarkan ‘All-You-Can-Read’ di mana pembaca boleh membuat bayaran secara bulanan.

Pelanggan boleh menggunakan pelayar komputer untuk melayari ‘e-bookstore’ selain boleh memuat turun aplikasi Pubu di telefon pintar menerusi IOS atau Android. Sehubungan itu, pelanggan boleh membaca di telefon bimbit atau tablet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pada tahun 2009, perkhidmatan kedai buku elektronik Pubu ditubuhkan oleh Syarikat Nuazure. Nama Pubu diambil daripada perkata ‘Publish Urs (yours)’ dan menyediakan platform e-buku terbuka yang membolehkan penerbit dan penulis menerbitkan karya mereka tanpa sebarang sekatan.

Buat masa ini, kedai buku elektronik Pubu berjaya mengumpul 2.6 juta pengguna berdaftar dari serata pelosok dunia dengan 700 penerbit yang menerbitkan lebih daripada 70,000 e-buku. Pubu juga dikenali sebagai platform e-buku terbesar di Taiwan.

Advertisement