Anda di sini

UMW Toyota lancar Vios diperbaharui

Advertisement

Oleh Rusnan Mustafa//

 Lee (kanan) bersama kakitangan UMW Toyota Motor Jalan Pending memperkenalkan model Vios baharu.

MENAWAN: Lee (kanan) bersama kakitangan UMW Toyota Motor Jalan Pending memperkenalkan model Vios baharu.

KUCHING: UMW Toyota Motor Sdn Bhd di Jalan Pending, pengedar kenderaan Toyota di sini kini melancarkan model popular, Vios baharu yang telah ditambah baik.

Sehubungan itu, UMW Toyota Motor, Jalan Pending mengadakan aktiviti istimewa sempena pelancaran model baharu Vios.

Antaranya, pemberian barangan Toyota, pandu uji Vios baharu, promosi Vios dengan mendapatkan rebat promosi RM2,500 atau servis percuma selama lima tahun bernilai RM3,300, tawaran istimewa, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti seni untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Kesemua aktiviti itu akan diadakan pada hari ini (8 Oktober) hingga 9 Oktober bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Bilik Pameran UMW Toyota Motor, Jalan Pending.

Mengenai Vios baharu itu, ia telah ditauliahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) selepas ia memenuhi kriteria ujian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari segi ekonomi bahan api, berat badan dan pelepasan emisi.

Model baharu yang ditambah baik itu turut dilengkapi enjin baharu 2NR-FE dan transmisi CVT, menggantikan transmisi konvensional 4-kelajuan automatik.

Malah, ia mengekalkan penggunaan enjin 1.5 Liter berserta DOHC 16 silinder, namun ditambah baik dengan dwi VVT-i yang menghasilkan kecekapan penggunaan bahan api dan meningkatkan kuasa pemanduan.

Model itu juga menyaksikan pengenalan varian baharu 1.5 GX dengan CVT, sebagai tambahan kepada varian lima varian sedia ada, 1.5 TRD Sportivo CVT, 1.5 G CVT, 1.5 E CVT, 1.5 J CVT dan 1.5 lima-kelajuan manual.

Semua varian dengan CVT dilengkapi transmisi automatik tujuh-kelajuan berserta mod sequential shifmatic. Semua varian Vios ditambah baik dilengkapi sistem keselamatan aktif iaitu Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), sistem brek ABS, EBD dan BA, manakala TRD Sportivo, GX dan G turut dipasang brek cakera pada roda belakang bagi menambah kuasa membrek.

Penambahbaikan lain menyaksikan semua varian dilengkapi sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin; penggunaan kulit lebih berkualiti bagi kerusi varian TRD Sportivo, GX dan G serta kualiti fabrik yang dipertingkatkan untuk 1.5 E dan 1.5 J.

Bagaimanapun, penampilan luaran model baharu ini hampir keseluruhannya mengekalkan reka bentuk model sebelumnya, kecuali pengenalan aerokit lebih ‘sporty’ untuk varian baharu GX serta reka bentuk aerokit baharu yang didatangkan dengan jeriji hitam untuk penampilan ‘sporty’ varian TRD Sportivo.

Model ditambah baik ini menawarkan dua warna baharu – merah metalik dan putih super II, sebagai tambahan kepada tiga warna sedia ada – perak metalik medium, perak metalik dan hitam.

Varian TRD Sportivo turut menawarkan warna baharu putih mutiara.

Harga atas jalan bagi Vios baharu itu dari serendah RM78,079.34 hingga RM97,864.54.

Pengurus Cawangan UMW Toyota Motor Jalan Pending Lee Chee Chiang berkata, untuk maklumat lebih lanjut serta tawaran yang disediakan orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran Toyota di Jalan Pending.

Advertisement