Anda di sini

MyOnlineShopes perkenal wangian terbaharu D’ Haja iaitu Abu Dhabi dan Dubai

Advertisement

MIRI: MyOnlineShopes, rangkaian premis menawarkan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan kosmetik kini memperkenalkan produk wangian terbaharu daripada D’ Haja iaitu perfume Abu Dhabi dan Dubai.

Menurut pemiliknya Nor Azlinawati binti Rozlan atau lebih mesra dipanggil Lin, keistimewaan wangian Abu Dhabi dan Dubai keluaran D’ Haja ini ialah ia berinspirasikan haruman bunga-bungaan yang menyegarkan.

Selain itu ia juga boleh membangkitkan aura positif kepada sesiapa yang merasai harumannya.

Dalam temu bual eksklusif dengan Utusan Borneo, Lin menjelaskan haruman kedua-dua wangian ini boleh tahan sehingga 12 jam, boleh dibawa solat dan halal.

Kedua-dua wangian ini boleh didapati dalam isian 30ml di mana Abu Dhabi adalah khas untuk wanita manakala Dubai adalah unisex iaitu boleh dipakai lelaki mahupun wanita.

Harga adalah sangat berpatutan iaitu RM42 untuk Abu Dhabi dan dan RM45 untuk Dubai. Dan bagi pelanggan yang membeli pakej kombo (iaitu Abu Dhabi dan Dubai), mereka boleh mendapatkannya pada harga diskaun iaitu RM70.

Pada Ahad (2 Oktober) lepas, MyOnlineShope telah mengundang Fasha Sandha, seorang artis namanya tidak asing dalam dunia hiburan tanah air yang juga duta khas D’ Haja untuk membuat penampilan khas dan seisi bertemu peminat di kompleks beli-belah Permaisuri Imperial City Mall di Miri.

Fasha adalah seorang aktres yang telah membintangi sebanyak 21 buah filem sepanjang karier beliau sejak berkecimpung dalam dunia seni dari tahun 2004, antaranya seperti Black Maria, Bintang Hati, Bujang Senang, Cicakman (1 dan 2 ), Evolusi KL Drift dan banyak lagi

Selain itu, beliau pernah menerajui watak utama dalam telemovie dan drama TV seperti ‘Dengan Nama Cinta’, ‘Kasih…Relaku Pujuk’, ‘Kehangatan Lantana’, ‘Chinta’, ‘Natasha’, ‘Seindah Sakura’ dan lain-lain lagi.

Fasha meluangkan masa sehari di Miri bertemu peminat dan juga mempromosikan minyak wangi Abu Dhabi dan Dubai yang mendapat sambutan meriah di kompleks beli-belah tersebut di mana para peminat mengambil kesempatan begambar dan ‘berselfie’ dengan beliau.

Menurut Lin, beliau becadang untuk menjemput seorang selebriti (yang nama beliau dirahsiakan buat masa ini) membuat penampilan khas pada bulan Disember akan datang.

MyOnlineShopes memiliki tiga premis di Miri (iaitu di Permaisuri Imperial City Mall, Emart Tudan dan Myy Mall) dan lebih 6000 para ahli buat masa kini, di mana setiap ahli boleh membeli produk pada harga diskaun.

Lin juga mempelawa sesiapa yang berminat yang ingin menceburi perniagaan seumpama ini menjadi ejen atau wakil jualan.

Tambah Lin, beliau bercadang untuk mengembangkan perniagaan beliau ke Semenanjung Malaysia dengan menubuhkan sebuah cawangan baharu di Kuala Lumpur.

Selain produk kesihatan dan kecantikan, MyOnlineShopes juga menawarkan tudung dan pakaian.

Selain berkunjung ke kedai, para pelanggan boleh memesan dan seterusnya membeli produk-produk yang ada di MyOnlineShopes dengan melawat laman web rasminya iaitu www.myonlineshopes.my atau laman facebook : myonlineshopes.

 

Advertisement