Anda di sini

Boulevard Jaya rancang pelbagai aktiviti sempena pelancaran model baharu Vios dari 7 hingga 9 Okt

Advertisement
 Ng (lima kanan) bersama kakitangan Boulevard Jaya Sdn Bhd menunjukkan model baharu Vios.

CITA RASA MASA KINI: Ng (lima kanan) bersama kakitangan Boulevard Jaya Sdn Bhd menunjukkan model baharu Vios.

KUCHING: Sempena pelancaran rasmi model baharu Vios pada 7 hingga 9 Oktober ini, syarikat wakil jualan UMW Toyota Motor di sini iaitu Boulevard Jaya Sdn Bhd akan menawarkan pelbagai aktiviti serta promosi kepada pelanggan.

Pengurus Jualan Boulevard Jaya Sdn Bhd Ng Kheng Seng berkata antara aktiviti yang akan dijalankan ialah uji pandu di mana orang ramai yang mendaftar berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar beli-belah Boulevard bernilai RM100.

Selain itu, katanya cuci kereta secara percuma turut ditawarkan pada 8 hingga 9 Oktober dari jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Malah, pelanggan yang membeli apa-apa model Vios juga akan diberikan baucar beli-belah Boulevard bernilai RM500 selain mendapat rebat sebanyak RM2,500 atau servis percuma selama lima tahun.

Dalam pada itu, Ng berkata rebat sebanyak RM6,000 turut ditawarkan bagi kenderaan Toyota Hilux, Camry RM10,000 dan Avanza RM1,500.

“Promosi ini adalah selama sebulan (sepanjang Oktober) di mana bagi 15 pelanggan pertama yang membeli apa-apa model Vios akan diberikan diskaun RM300,” katanya sempena pelancaran model baharu Vios di bilik pameran Boulevard Jaya Sdn Bhd di sini, semalam.

UMW Toyota Motor, pengedar kenderaan Toyota di Malaysia kini melancarkan model popular Vios yang ditambah baik pada harga lebih rendah berbanding model sebelumnya.

Vios baharu ini juga telah ditauliahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan dilengkap enjin baharu 2NR-FE dan transmisi CVT, menggantikan transmisi konvensional 4 kelajuan automatik.

Ia mengekalkan penggunaan enjin 1.5 liter berserta DOHC 16 silinder, namun ditambah baik dengan dwi VVT-i yang menghasilkan kecekapan penggunaan bahan api dan meningkatkan kuasa pemanduan.

Model ini juga menyaksikan pengenalan varian baharu 1.5 GX dengan CVT, sebagai tambahan kepada lima varian sedia ada iaitu 1.5 Sportivo CVT, 1.5 G CVT, 1.5 E CVT, 1.5 J CVT dan 1.5 lima kelajuan manual.

Semua varian Vios yang ditambah baik ini dilengkapi sistem keselamatan aktif iaitu Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), sistem brek ABS, EBD dan BA manakala TRD Sportivo, GX dan G turut dipasang brek cakera pada roda belakang bagi menambah kuasa membrek.

Penambahbaikan lain menyaksikan semua varian dilengkapi sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, penggunaan kulit lebih berkualiti bagi kerusi varian TRD Sportivo, GX dan G serta kualiti fabrik yang dipertingkatkan untuk 1.5 E dan 1.5 J.

Bagaimanapun, penampilan luaran model baharu ini hampir keseluruhannya mengekalkan reka bentuk model sebelumnya kecuali pengenalan aerokit lebih ‘sporty’ untuk varian baharu GX serta reka bentuk aerokit baharu yang didatangkan dengan jeriji hitam untuk penampilan ‘sporty’ varian TRD Sportivo.

Model ditambah baik ini menawarkan dua warga baharu iaitu merah metalik dan putih super II sebagai tambahan kepada tiga warna sedia ada – perak metalik medium, perak metalik dan hitam manakala varian TRD Sportivo turut menawarkan warha baharu putih mutiara.

Info harga atas jalan Vios bagi Sarawak termasuk GST dengan insurans ialah 1.5 TRD Sportivo RM97,864.54, 1.5 GX RM94,282.67, 1.5 G RM91,300.79, 1.5 E RM85, 437.05, 1.5 J RM81, 361.21 dan 1.5 J Manual lima kejaluan RM78,079.34.

Advertisement