Anda di sini

Bajet 2017: SME Corp mahu pendekatan bersepadu, tersusun rangsang pembangunan PKS

Advertisement

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia berharap Bajet 2017 akan memperkenalkan pendekatan yang lebih bersepadu dan tersusun untuk merangsang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim.

Beliau berkata SME Corp sudah mengemukakan cadangan memohon Kementerian Kewangan melihat dasar, serta insentif cukai fiskal dan bukan fiskal, bagi mempercepatkan pertumbuhan PKS.

“Kami mengharapkan bajet mesra PKS, dan kami berharap mereka (kerajaan) akan mempertimbangkan permintaan kami memandangkan perniagaan kecil merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi dan enjin pertumbuhan masa depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Seminar PKS Malaysia: Merentasi Sempadan, di sini.

Seminar setengah hari, anjuran bersama SME Corp, syarikat logistik UPS dan Majlis Perniagaan AS-ASEAN itu bertujuan melengkapkan PKS dengan pengetahuan mengenai perjanjian perdagangan bebas yang dimeterai Malaysia, bagi memudahkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai serantau dan global.

Hafsah berkata walaupun PKS menyumbang secara signifikan kepada keluaran dalam negara kasar negara (36 peratus), sumbangan mereka kepada eksport negara hanya 17 peratus. — Bernama

Advertisement