Anda di sini

Pasaran ekuiti akan terus disokong dengan baik

Advertisement

Pencarian untuk menambahkan pendapatan telah bermula

KUALA LUMPUR: Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah Kumpulan OCBC, menjangkakan pasaran ekuiti akan terus disokong dengan baik.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif, Teh Chi-Cheun, berkata pencarian untuk menambahkan pendapatan telah bermula selepas krisis kewangan global khususnya apabila kadar faedah telah berkurangan sehingga sifar dan sekarang ini, ia masih kekal sama atau bersifat negatif seperti yang berlaku di Eropah dan Jepun.

“Memandangkan tidak ada kenaikan yang ketara dalam kadar faedah global, pelabur yang memerlukan pendapatan telah melabur dalam saham-saham yang membayar dividen yang kebanyakannya terdiri daripada saham-saham defensif.

“Kami juga telah menyaksikan keadaan ini di Malaysia. Minat dalam saham-saham pembayaran dividen akan berterusan sehingga menyebabkan lebih banyak wang dilaburkan dalam stok seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perbezaan dalam penilaian tidak boleh menjadi terlalu besar dan wang juga akan diperuntukkan dalam saham-saham lain termasuk saham pertumbuhan serta alam saham lain termasuk saham kitar dan pertumbuhan.

“Secara umum, persekitaran kadar faedah yang rendah dan pelonggaran kuantitatif dalam negara-negara tertentu telah menyebabkan kecairan yang cukup dan keadaan ini adalah wajar. Oleh itu, pasaran saham akan disokong secara berterusan,” katanya.

Teh berkata, pelabur memerlukan ekuiti jangka panjang sekarang ini. Bank-bank pusat di seluruh dunia serta serantau terus kekal dalam keadaan kelonggaran manakala Rizab Persekutuan AS, yang berniat untuk meningkatkan kadar faedah, sedang melakukannya secara berhati-hati.

“Risiko utama adalah hasil daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Jika Donald Trump dipilih, kita akan menyaksikan halangan perdagangan dan persaingan perdagangan bermula. Sebagai sebuah negara dengan ekonomi terbuka, yang memiliki eksport yang ketara, Malaysia akan menerima kesan negatif,” katanya. — Bernama

Advertisement