Anda di sini

Lida Group pelawa SHEDA tinjau sistem perumahannya

Advertisement

Oleh Patricia Gari//

 (Dari enam kiri) Ken, Wan Lizoman, Dr Abang Abdul Rauf, Dr Ngui dan Dr Tan.

UNTUK ALBUM: (Dari enam kiri) Ken, Wan Lizoman, Dr Abang Abdul Rauf, Dr Ngui dan Dr Tan.

KUCHING: Lida Group dari Qingdao China mempelawa Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) melawat ibu pejabat, kilang serta projeknya di Qingdao China supaya mendapat gambaran lebih luas mengenai pelbagai sistem perumahan syarikat berkenaan.

Pelawaan itu dilakukan oleh Pengurus Komersial Kanan Jabatan Luar Negeri Lida Group, Ken Gu yang mengadakan kunjungan ke pejabat SHEDA  Cawangan Kuching.

Semasa kunjungan itu, Ken memberi penerangan kepada SHEDA (Kuching)  dan Kementerian Perumahan mengenai beberapa ciri struktur keluli keluarannya.

Beliau turut menjelaskan mengenai ciri-ciri rumah modular dan keluli ringan panel berlapis yang dengan meluas digunakan dalam industri binaan tidak hanya di China tetapi seluruh dunia.

Lida Group (IS) 9001:2000) syarikat berdaftar dan perniagaan utamanya ialah menyediakan penyelesaian kepada pembinaan pantas dengan menggunakan sistem perumahan mereka.

Lida Group merupakan pembekal kepada projek-projek utama China seperri Pusat Pelayaran Olimpik, Jambatan Bay di Teluk Jiaozhou, Qingdao menyeberangi terowong laut dan banyak lagi.

Lida Group telah mengeksport produk-produk keluarannya ke 110 buah negara seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Oman, Anggola, Equatorial Guinea, Libya, Perancis, Poland, Romania, Rusia, Australia, Filipina, Indonesia, Malaysia (Cameron Highland) serta beberapa buah negara lain.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan Dr Wan Lizoman Wan Omar, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Wan Mohd Yusop Wan Moss bersama Pengerusi SHEDA Cawangan Kuching Dr Christopher Ngui, Bendahari SHEDA Kuching Dr Richard Tan serta ahli-ahli jawatankuasa lain.

Advertisement