Anda di sini

Dominic tidak percaya menang Honda Civic daripada Unaco

// Oleh Siti Aisyah Ramli //

 Dominic memegang replika kunci kereta Honda Civic 1.8S (A) yang dimenanginya bersama isteri dan anak-anaknya pada majlis penyampaian hadiah, semalam.

TAHNIAH: Dominic memegang replika kunci kereta Honda Civic 1.8S (A) yang dimenanginya bersama isteri dan anak-anaknya pada majlis penyampaian hadiah, semalam.

KUCHING: “Saya seakan tidak percaya hadiah kereta yang saya menangi ini daripada pihak pengurusan Unaco adalah milik saya. Ini semua kerja Tuhan yang telah mengaturkan rezeki ini untuk saya dan keluarga saya.”

Demikian ujar pemenang utama Peraduan Cabutan Bertuah Ulang Tahun Ke-15 Kumpulan Syarikat Unaco, Dominic Lendang ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah semalam.

Malah katanya, ketika menerima panggilan dari pihak pengurusan Unaco mengatakan beliau membawa pulang sebuah kereta Honda Civic 1.8S (A), tidak tergambar perasaan gembira yang dirasakannya.

Selain Dominic, turut menerima hadiah pada majlis semalam ialah 37 pemenang lain yang mendapat tempat pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan serta sagu hati.

Peraduan tersebut yang bermula dari 15 Julai sehingga 15 September itu bertujuan untuk meraikan dan menghargai kesetiaan pelanggan Unaco yang sentiasa memberikan sokongan padu selama ini.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Pengurus Pembelian Unaco Su serta Eksekutif Pentadbiran Unaco Kho Lai Hing.

Advertisement