Anda di sini

Zink Power Enterprise tawar diskaun sehingga 50 peratus

Advertisement
 Kuok (lima kanan), Ling (tiga kiri) bersama yang lain memotong reben sebagai simbolik perasmian Zink Power Enterprise.

PERASMIAN: Kuok (lima kanan), Ling (tiga kiri) bersama yang lain memotong reben sebagai simbolik perasmian Zink Power Enterprise.

SIBU: Zink Power Enterprise menawarkan harga istimewa dan diskaun sehingga 50 peratus untuk alat ganti semua jenis model motosikal sempena pembukaan rasmi kedai semalam.

Terletak di Pusat Komersial Pedada, Zink Power Enterprise menyediakan perkhidmatan jualan alat ganti motosikal, bateri, topi keledar dan aksesori motosikal.

Majlis perasmian kedai telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Kenderaan Motosikal dan Basikal Wilayah Tengah Sarawak, Kuok Koh Ming.

Pengarah Urusan Zink Power Enterprise, Ling Zing Sien berkata, Zink Power Enterprise juga mengimport dan mengeksport alat ganti semua jenis model motosikal.

“Alat ganti yang ditawarkan di Zink Power Enterprise adalah diimport dari Thailand dan Indonesia,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian.

Ling memberitahu, diskaun bermula 10 peratus sehingga 50 peratus untuk alat ganti motosikal untuk selama seminggu kepada para pelanggan.

Zink Power Enterprise dibuka pada jam 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan hari cuti umum dibuka pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

 

Advertisement