Anda di sini

Promosi pelbagai perkakasan berat di MY V3 Warehouse

Advertisement

 Premis CMW Engineering Corporation Sdn Bhd adalah pengedar tunggal bagi MY V3 Warehouse Sdn Bhd.

PROMOSI: Premis CMW Engineering Corporation Sdn Bhd adalah pengedar tunggal bagi MY V3 Warehouse
Sdn Bhd.

KUCHING: MY V3 Warehouse Sdn Bhd sedang mengadakan promosi dan diskaun hebat pelbagai perkakasan berat yang digunakan dalam bidang industri dan rumah bermula semalam sehingga 9 Oktober ini.

Menurut Pengurus Jualan CMW Engineering Corporation Sdn Bhd, pihaknya merupakan pengedar utama bagi barisan Bosch Power Tools dan sedang menyambut ulang tahun pertamanya itu semalam.

“Ini merupakan sambutan ulang tahun pertama kami sebagai pengedar utama MY V3 Warehouse Sdn Bhd.

“Justeru, sepanjang tempoh promosi kita memberikan diskaun dan harga promosi yang hebat kepada para pelanggan serta hadiah istimewa bagi barangan yang dibeli.

“Pelbagai produk keluaran Bosch Power Tools ditawarkan antaranya perkakasan taman dan landskap seperti pemotong rumput, pam air bertekanan, mesin kimpalan, penapis air MARLINO, generator berjenama SUMO dan banyak lagi.

“Pelbagai perkakasan untuk buat sendiri juga dijual di sini,” tambahnya lagi.

Premis MY V3 Warehouse Sdn Bhd terletak di No.166 dan 168 Jalan Padungan serta boleh dihubungi di talian 082- 507922 dan faks kepada 082-427922 untuk sebarang pertanyaan.

Juga boleh e-melkan kepada myv3warehouse@gmail. com.

Premis dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang termasuk hujung minggu dan pada hari cuti umum.

 

Advertisement