Anda di sini

TM, KCBA anjur Pameran ICT Dalam Saberkas 2016

Advertisement

KUCHING: Telekom Malaysia Berhad (TM), menerusi TM Sarawak, akan membawa pengalaman yang tidak ternilai dan tidak tertanding kepada warga kota di sini dengan menganjur Pameran ICT Dalam Saberkas 2016 bermula sekarang hingga Ahad (2 Oktober) ini.

Menjadi rakan telco rasmi untuk pameran kali ini, acara ini dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Komputer Kuching (KCBA) sebagai sebahagian usaha TM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang ketersediaan perkhidmatan UniFi di bandar raya ini.

TM juga akan menampilkan dua pelan baharu iaitu UniFiADVANCEPlan yang menawarkan kelajuan jalur leba sehingga 30Mbps dan 50Mbps, serta UniFiPROPlan yang menawarkan kelajuan jalur lebar sehingga 100Mbps. Kedua-dua pelan ini merupakan pelan terbaik yang ditawarkan TM kepada pemilik rumah rakyat Malaysia dan juga pelanggan perniagaan.

Selain itu, dengan UniFiADVANCEPlan, pelanggan juga akan menikmati kelajuan jalur lebar sehingga 30 Mbps, bersama dengan pek HyppTV atas pilihan dan keutamaan mereka.

Pelanggan boleh memilih antara satu daripada empat pek nilai HyppTV termasuklah HyppTV Pek Aneka (Pelbagai Hiburan Asia), Pek HyppTVVarnam (saluran Tamil dan Hindi), Pek HyppTV Ruby (Program Cina) dan Pek HyppTV Jumbo (42 siaran termasuk hiburan, sukan, kanak-kanak, tayangan filem dan berita).

Pelanggan boleh menikmati pakej baharu bermula dari RM199 setiap bulan (tidak termasuk GST) bergantung dengan pilihan pek HyppTV mereka.

Sebagai tambahan, HyppTV baru-baru ini telah melancarkan siaran sukan di mana ia menawarkan empat siaran Sukan FOX yang kesemuanya didatangkan dalam HD seperti FOX Sports (HyppTV Channel 706), FOX Sports 2 (HyppTV Channel 707), FOX Sports 3 (HyppTV Channel 708) dan FOX Sports News (HyppTV Channel 709).

Manakala bagi UniFiPROPlan pula, pelanggan akan disediakan dengan kelajuan jalur lebar 100Mbps bersama dengan pilihan untuk pek HyppTV. Langganan permulaan adalah sebanyak RM299 sebulan (tidak termasuk GST) sementara UniFi BIZ PROPlan untuk pengguna perniagaan pula, langganan adalah RM379 sebulan (tidak termasuk GST).

Turut disediakan kepada pengunjung yang datang ke pameran ICT itu ialah kaunter perunding produk dan demonstrasi yang menampilkan produk TM dan tawaran terkini sepanjang tiga hari pameran itu.

Bagi memeriahkan pameran, aktiviti sampingan juga disediakan antaranya ialah Karaoke HyppStars, sudut pengalaman HyppTV dan sesi permainan video PS4.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my.

Advertisement