Anda di sini

Qaseh Siti Beauty and Spa tawar rawatan kesihatan dan kecantikan wanita

Advertisement

 Siti (kanan) bersama dengan tetamu kehormat yang lain hadir sama pada majlis perasmian dan pelancaran Qaseh Siti Beauty and Spa, semalam.

KINI DIBUKA: Siti (kanan) bersama dengan tetamu kehormat yang lain hadir sama pada majlis perasmian dan pelancaran Qaseh Siti Beauty and Spa, semalam.

SARIKEI: Sebuah pusat rawatan kesihatan dan kecantikan untuk kaum wanita yang diusahakan oleh seorang anak tempatan dari Sarikei telah dibuka dan dilancarkan secara rasminya semalam.

Qaseh Siti Beauty and Spa adalah merupakan satu-satunya pusat rawatan kecantikan yang pertama di Sarikei yang diusahakan oleh anak Bumiputera.

Pemilik Qaseh Siti Beauty and Spa, Siti Nurqiah Ibrahim berkata, pusat rawatan kesihatan dan kecantikan ini menawarkan perkhidmatan kepada kaum wanita yang nerangkumi pelbagai aspek.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti ‘facial milky bath’, bertangas, ‘laveder body scrub’, ‘rose bath salt’,  ‘relaxing massage’, ‘facial’, ‘aroma eye treatment’, ‘manggosteen body scrub’, ‘aroma eye pillow treatment’, ‘whitening body scrap’, ‘argan body mask’ serta banyak lagi perkhidmatan kesihatan dan kecantikan yang lain.

“Dari aspek harga yang ditawarkan pula, ia bergantung kepada pakej-pakej yang telah disediakan iaitu dari tawaran harga RM99 hingga ke RM189. Sungguhpun demikian, terdapat perkhidmatan lain yang bersaingan seperti  rawatan rambut, spa kaki dan tangan, sauna, inai tangan dan beberapa perkhidmatan yang lain.

“Premis ini akan dibuka setiap hari termasuklah cuti am dengan bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam dan hanya ditutup setiap Isnin sahaja,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran dan Pembukaan Qaseh Siti Beauty and Spa, semalam.

Premis ini terletak di No.85B Jalan Masjid Lama Sarikei.

Selain menawarkan perkhidmatan kesihatan dan kesihatan, premis ini turut menjual pelbagai jenis produk kesihatan, peralatan kecantikan wanita serta banyak lagi barangan yang berkaitan.

Menurut Siti, sempena pembukaannya, orang ramai dialu-alukan untuk mendaftar menjadi ahli kepada premis ini.

“Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan barangan terdapat di Qaseh Siti Beauty and Spa, orang ramai bolehlah menghubungi di talian 013 8185080 atau dengan melayari laman ‘Facebook Qasehsiti Spa’ ataupun dengan mengikuti instergram ‘qasehsiti spa,” ujar Siti lagi.

Turut hadir pada majlis perasmian dan pelancaran  Qaseh Siti Beauty and Spa ialah wakil Pejabat Residen Sarikei, Norasyikin Ibrahim dan Temenggung Junia Olia.

Advertisement