Anda di sini

10 mangsa selamat selepas bot karam di perairan Tawau

Advertisement

TAWAU: Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustafa Maaruf Mustafa berkata kesemua mangsa yang terdiri enam wanita dan empat lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di sekitar lokasi kejadian.

“Semasa kejadian itu kami menerima laporan mengenai satu bot jongkong yang dalam perjalanan dari Sungai Melayu menuju ke pelabuhan Tawau, karam.

“Namun pada 7.45 pagi semalam kami telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa bot karam itu berjaya diselamatkan dan telah di bawa ke Kampung Sungai Melayu,” katanya dalam kenyataan. — Bernama

Advertisement