Anda di sini

Anchor lancar fasa dua kempen ‘Anchor Say Cheese’

Advertisement
 Teo (kiri) dan Then menunjukkan keempat-empat jenis seleksi pencuci mulut pilihan ramai sepanjang Kempen Anchor Say Cheese.

PILIHAN RAMAI: Teo (kiri) dan Then menunjukkan keempat-empat jenis seleksi pencuci mulut pilihan ramai sepanjang Kempen Anchor Say Cheese.

MIRI: Anchor Food Profes­sionals, bahagian penyedi­aan perkhidmatan makanan Fonterra Brands Malaysia (Fonterra) semalam melan­carkan fasa kedua kempen ‘Anchor Say Cheese’ – rang­kaian pencuci mulut eksklusif bagi keluaran Anchor dan yang pertama seumpamanya dilancarkan di pasaran.

Menerusi kempen itu juga, Anchor Food Professionals menceriakan pelanggannya dengan rangkaian pencuci mulut edisi khas, yang dicipta khas oleh cef pastri Fonter­ra, menggunakan mentega berkualiti, krim keju serta produk krim dan tenusu jena­ma Anchor yang popular dan cukup diminati ramai.

Pelanggan kini boleh menikmati rangkaian pencuci mulut edisi khas Anchor Say Cheese ini di premis-premis bakeri terpilih di seluruh ne­gara termasuk Sarawak dan di Miri ia boleh didapati di Hot Cross Bun.

Berbeza dengan fasa per­tama yang lalu, yang mencipta rangkaian pencuci mulut yang diinspirasikan dari Jepun, kali ini Fonterra memilik seleksi baharu yang bertemakan cita rasa barat yang menampil roti istimewa yang enak.

Rangkaian pencuci mulut yang diperkenalkan untuk kempen kali ini ialah Almond Rosa, kek span mentega dengan kekacang almond yang dilapis dengan krim keju Anchor yang enak serta Cheeznie iaitu brownie coklat yang dipotong dua dan dila­pis dengan krim keju serta ditabur dengan kacang gajus cincang.

Manakala dua lagi, roti ban manis dengan gula perang dan krim keju di tengah-tengah­nya, diberi nama First Love dan seperti namanya, ia bukan sahaja lembut malah ditabur dengan gula perang halus menjadikan anda ‘jatuh cinta’ dan sentiasa ingin menikmat­inya, manakala yang keempat diperkenalkan ialah Lady Marmalade, roti ban manis dengan krim keju oren juga diletakkan hirisan oren yang sudah dimasak di atasnya, menambahkan lagi keenakan dan gaya eksklusifnya.

Bercakap semasa majlis pelancaran Kempen Anchor Say Cheese di premis bakeri Hot Cross Buns di sini, petang kelmarin, Pengarah Anchor Food Professionals Linda Tan menekankan bahawa alasan di sebalik kempen ini ialah untuk menceriakan pelanggan dengan pelbagai rangkaian dan produk Anchor, salah satu produk tenusu berkual­iti tinggi dari New Zealand, keluaran Fonterra dan di Malaysia ia boleh didapati di kebanyakan kedai runcit dan premis menjual makanan.

“Dengan tema kami pada tahun ini, ‘Berhubung Den­gan Orang Tersayang’, ia mencerminkan usaha kami menyediakan sesuatu yang boleh dijadikan penghubung dengan orang yang anda sayangi dengan meraikannya dengan sesuatu yang manis seperti pencuci mulut atau menggunakan produk kami untuk menghasilkannya,” jelas beliau.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Hot Cross Buns Then Yuh Bing pada majlis yang sama berkata, pihaknya amat berbesar hati dan berasa teruja menjalin kerjasama dengan Anchor Food Profes­sionals untuk kali pertama dan menggunakan produk Anchor yang amat diketahui bermutu tinggi dengan kualiti yang cemerlang.

“Melalui kerjasama ini, kami akan memastikan rang­kaian pencuci mulut kempen Anchor Say Cheese yang kami sediakan, menepati atau seboleh-bolehnya melebihi jangkaan pelanggan, kerana ia adalah matlamat utama kami, iaitu untuk memuaskan setiap pelanggan kami.

“Matlamat kami tercapai dengan menyediakan pen­cuci mulut dan manisan yang berkualiti agar pelanggan sentiasa ceria dan akan sen­tiasa kembali kepada kami untuk menikmatinya,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Fonterra Teo Eng Lai, yang mewakili Linda berkata, kes­emua seleksi pencuci mulut sempena kempen Anchor itu yang menjadi pilihan ramai, kini boleh didapati di semua premis bakeri di seluruh negara bermula September hingga Disember tahun ini.

Katanya, selain Hot Cross Buns di Miri, rangkaian selek­si Anchor ini boleh didapati di Taka Cake House di Kuching dan beberapa bakeri terpilih di seluruh negara.

“Sepanjang kempen ini juga pelanggan yang membeli dua kotak pencuci mulut pilihan ramai Anchor (Almond Rosa dan Cheeznie), mereka akan menerima sudu the edisi khas,” tambahnya lagi.

Rangkaian pencuci mulut ini dijual mengikut bakeri masing-masing dan di Hot Cross Bun di sini, ia dijual pada harga RM3.20 satu (bagi bun) manakala bagi kek pula ialah RM6 sekotak.

Advertisement