Anda di sini

Masyarakat diseru pelajari kaedah CPR

Advertisement

TAWAU: Masyarakat daerah ini diseru mempelajari kaedah CPR tanpa mengira umur, latar belakang dan pekerjaan.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil berkata, pihaknya ingin melahirkan masyarakat celik CPR dan boleh melakukan bantuan penyelamat awal di mana saja mereka berada.

“Ini juga penting kerana kita berazam untuk setanding dengan masyarakat maju di negara-negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Mass CPR Tawau 2016 di Dewan Masyarakat Tawau kelmarin.

Beliau berkata, bantuan penyelamatan awal peringkat awal seperti CPR ini boleh dilakukan oleh sesiapa saja asalkan berkeyakinan dan sudah tentunya berpengetahuan.

Dalam pada itu, Alijus turut menggesa semua masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat serta mengoptimumkan kesihatan masing-masing dengan mengamalkan pemakanan yang teratur dan seimbang.

Terdahulu pada majlis itu, lebih 400 hadirin terdiri daripada individu, persatuan, pelajar sekolah dan agensi kerajaan telah diajar cara-cara CPR dengan betul.

Advertisement