Anda di sini

6 pemenang Promosi Global Shell Rimula terima hadiah

Advertisement
 Troy (tengah) dan Leslie (kiri) bergambar bersama para pemenang hadiah utama ke Cape Town, Afrika Selatan dan yang lain.

TAHNIAH: Troy (tengah) dan Leslie (kiri) bergambar bersama para pemenang hadiah utama ke Cape Town, Afrika Selatan dan yang lain.

Hadiah utama berupa percutian lima hari ke Cape Town

Oleh Connie Sylvia Mesa //

MIRI: Enam daripada lapan pemenang bertuah sempena Promosi Global Shell Rimula telah menerima hadiah utama masing-masing berupa percutian lima hari ke Cape Town, Afrika Selatan pada Malam Shell Rimula, di sini malam kelmarin.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Hotel Pullman Miri Waterfront telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Shell Lubricants Asia Tenggara, Troy Chapman disaksikan oleh sekitar 400 tetamu yang hadir.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Shell Lubricants Leslie Ng.

Enam penerima tersebut, tiga merupakan pemenang dari Sarawak iaitu Tang Ai Kwong dari Miri, Song Mee Shan (Mukah), Tio Tung Khing (Kuching), manakala yang lain ialah Chong Kong Jam (Selangor), Liew Sin Leong (Sabah) dan Siti Rozita Jamalludin (Selangor).

Para pemenang tersebut berpeluang menguji pelbagai mesin berkejituan tinggi dalam siri cabaran yang ditawarkan dalam hadiah bertuah berkenaan selain berpeluang melawat ke safari dan menikmati pemandangan indah di sekitar bandar Cape Town.

Troy dalam ucapannya berkata, Promosi Global Shell Rimula merupakan acara tahunan yang bertujuan menghargai pelanggan setianya yang membolehkan mereka membeli produk Shell Rimula dan menyertai cabutan bertuah yang telah dilaksanakan pada Jun lalu.

Katanya, Shell mempunyai sejarah yang menjangkau 125 tahun di Malaysia dan Shell Rimula merupakan antara barisan produk minyak enjin diesel tugasan berat yang memberikan perlindungan diyakini dan menjadi pilihan utama kepada trak serta kenderaan berat.

“Shell Rimula menawarkan lebih daripada pelincir termaju yang memberikan kesan terbukti dan ketara bagi perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar.

“Produk tersebut turut memberikan perlindungan dan jaminan kepada perniagaan agar tetap kompetitif, berkembang maju dan membolehkan penggunanya menggunakan minyak terbabit sampai ke destinasi dengan lancar,” katanya.

Jelas Troy, Malam Shell Rimula tersebut diadakan bagi merai perkongsian Shell Rimula bersama pada pelanggan utamanya di Malaysia, walaupun antaranya telah melangkaui beberapa generasi, namun tetap utuh.

Ujarnya, di Sarawak dan Sabah, Shell Rimula menjadi jenama minyak enjin diesel tugasan berat yang utama sejak enam dekad lalu yang amat dipercayai oleh pemilik perniagaan dalam pelbagai industri kerana kualiti produk dan sokongan teknikalnya.

“Shell Rimula telah memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemimpin pasaran menerusi pelancaran pelincir sintetik Shell Rimula R6 LM dengan Dynamic Protection Plus pada awal tahun ini.

“Ia merupakan yang pertama dan satu-satunya dalam pasaran yang dihasilkan daripada gas semula jadi, dan menawarkan perlindungan yang lebih baik daripada kehausan enjin dan deposit iaitu sehingga 53 peratus dan mengurangkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus,” katanya.

Tambah Troy, antara lain acara yang diadakan sempena Malam Shell Rimula ialah Persidangan Teknologi Shell Rimula yang membentangkan bagaimana Pelicir Shell dapat digunakan melalui teknologi serta sumber globalnya untuk membantu pelanggannya.

Manakala penyertaan Shell Shanghai Technology Centre (SSTC) pula menggambarkan komitmen Shell Rimula untuk membawa kepakaran teknologinya lebih hampir dengan pelanggan dan rakan kongsi di rantau ini.

SSTC jelasnya, salah sebuah daripada jaringan sembilan buah pusat teknologi Shell di seluruh dunia, dikhususkan untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang dihargai di Asia.

Malam Shell Rimula terbabit turut diserikan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian, selain cabutan bertuah yang menarik.

Advertisement