Anda di sini

Motorola Solutions sasar pindah ke Malaysia: TPM

Advertisement
 Ahmad Zahid bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York dekat New York, semalam. — Gambar Bernama

WAKIL MALAYSIA: Ahmad Zahid bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York dekat New York, semalam. — Gambar Bernama

Tumpuan terhadap pendidikan teknikal, vokasional dan latihan TVET antara faktor perpindahan

NEW YORK: Dalam usaha meningkatkan keyakinan untuk Malaysia, Motorola Solutions menyasar untuk memindahkan operasi dua kemudahan syarikatnya ke Malaysia, lokasi ia telah pun wujud, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau bagamimanapun tidak menyatakan lokasi mana kemudahan berkenaan berada ketika ini.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Motorola Solutions Greg Brown bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di sini.

Zahid berkata beliau berharap kerajaan negeri di mana kemudahan Motorola akan dipindahkan itu tidak akan mendakwa ia adalah usaha mereka sebagaimana dicadangkan Motorola Solutions, sebuah syarikat yang menerajui produk misi kritikal komunikasi, penyelesaian dan perkhidmatan untuk masyarakat dan perniagaan.

“Ia benar-benar adalah satu komitmen pihak syarikat kepada kerajaan Persekutuan,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau ke New York dengan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA.

Katanya, ia juga, sebagai selari dengan sistem pendidikan negara dan rancangan jangka panjang untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir serta profesional.

Tumpuan Malaysia terhadap pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan (TVET), adalah antara faktor terhadap keputusan berkenaan, kata Ahmad Zahid.     Timbalan Perdana Menteri berkata Motorola Solutions bertekad untuk meneruskan dengan agenda pemindahan teknologi dan program ‘off-set’ serta program latihan untuk meningkatkan proses pembangunan tenaga kerja.

“Kami menghargai undi keyakinan terhadap negara kami, kerana Motorola Solutions juga percaya bahawa perjanjian Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik adalah sesuatu yang akan memberi manfaat kepada Malaysia,” katanya.

TPP melibatkan 12 negara, iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Vietnam, Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile dan Peru.

Perjanjian itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara negara berkenaan, pemotongan terhadap tarif dan memupuk perdagangan untuk merangsang pertumbuhan.

Ahmad Zahid berkata Brown tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa TPP hanya akan memanfaatkan negara yang maju ekonominya kerana beliau berpendapat negara lain juga akan memperoleh manfaat daripada perjanjian itu.

“Beliau berharap pemimpin Amerika Syarikat pada masa depan akan dapat meneruskan usaha yang dijalankan presiden yang akan tamat tempoh dan tiada siapa yang akan menjejaskan TPP,” katanya. — Bernama

Advertisement