PENGHABISAN STOK: Jong (dua kiri) dan kakitangan CL Khoon yang lain mengajak orang ramai mengunjungi jualan penghabisan stok di cawangan MJC bermula semalam.
KUCHING: CL Khoon Electronics Sdn Bhd mengadakan jualan penghabisan stok selama empat hari bermula semalam hingga 25 September ini. Pengurus Pemasaran CL Khoon, Jong Kah Min berkata jualan penghabisan stok ini hanya melibatkan premis jualan di cawangan MJC, Batu Kawa di sini sahaja.
“Syarikat menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus ke atas pelbagai jenis model barangan perkakasan elektrik dan elektronik kediaman melibatkan pelbagai jenama.
“Antara barangan yang ditawarkan pada harga diskaun sehingga 50 peratus ialah televisyen, peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh dan banyak lagi.
“Barangan ini melibatkan pelbagai jenama seperti Samsung, LG, Panasonic, Philips, Electrolux, Faber, Alpha dan MEC,” katanya.
Dalam pada itu, ahli CL Khoon akan menikmati lebih banyak penjimatan bagi setiap pembelian ke atas barangan terpilih sempena jualan penghabisan stok empat hari ini.
Antara barangan yang menawarkan penjimatan hebat kepada ahli CL Khoon ialah televisyen 75 inci (penjimatan sehingga RM4,000) berbanding harga normal RM19,999 seunit.
Yuran pendaftaran keahlian bagi CL Khoon hanya RM15 setahun dan RM12 bagi pembaharuan keahlian.
Selain dalam premis, jualan penghabisan stok ini turut melibatkan pelbagai barangan di bawah kanopi yang dibuka di pekarangan CL Khoon, cawangan MJC, Batu Kawa.
Antaranya barangan yang dipamerkan untuk jualan kanopi termasuklah periuk nasi elektrik, vakum, kipas siling, pengering rambut, pembakar roti, mesin pengisar dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi cawangan CL Khoon di MJC sebelum jualan penghabisan stok berakhir pada Ahad ini.
Waktu operasi perniagaan adalah bermula dari jam 9 pagi hingga 8.30 malam dan sebarang pertanyaan boleh hubungi CL Khoon di talian 082-575899.