Anda di sini

Naim tawar pelbagai hartanah kediaman

Advertisement

Sesuai bagi pencari rumah pertama atau mahu rebut peluang pelaburan yang menarik

// Oleh Sandy Mark //

NaimSouthLakePermyjaya

NaimSouthLakePermyjaya

KUCHING: Kumpulan Syarikat Naim menawarkan sesuatu untuk semua, sama ada pemilik rumah pertama atau yang mencari peluang pelaburan menarik.

Naim yang merupakan salah satu pemaju dan kontraktor terkemuka, menawarkan pelbagai jenis hartanah kediaman yang memenuhi keperluan dan tahap kemampuan berbeza.

Menjadi tumpuan adalah pelancaran terkini Kumpulan, pangsapuri NaimEduvista yang dinanti-nanti.

Terletak di Desa Ilmu, Kota Samarahan, pangsapuri empat tingkat terletak berhampiran kemudahan-kemudahan seperti pusat perubatan dan pusat beli-belah serta dalam hab pendidikan yang merangkumi institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan lebih 15,000 pelajar.

Penolong Pengurus Besar Naim bagi Jualan dan Pemasaran Fairus Wahid berkata, pembangunan itu menarik bagi para pemilik atau para pelabur.

“Pertama, harganya adalah berpatutan iaitu bermula dari RM350,888 setiap unit. Ia turut menawarkan unit dengan pilihan keluasan untuk keperluan dan gaya hidup berbeza.

“Gabungan reka bentuk dan fungsi, unit-unit mempunyai ruang berkeluasan dari 1,114 persegi, dengan tiga bilik tidur dan tiga bilik air.

“Sebagai tambahan pembangunan itu adalah dikawal, bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penghuni.

“Unit-unit bagaimanapun adalah terhad, jadi kami menyeru sesiapa yang berminat agar bertindak pantas. Kami mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada NaimEduvista hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Bagi yang meminati kediaman kondominium, Naim Sapphire On The Park merupakan pilihan yang amat baik.

Fairus berkata, ia terletak di kawasan perdana, di tengah-tengah pembangunan bersepadu Naim Kuching Paragon.

“’Naim Kuching Paragon adalah pembangunan arus perdana kami di Kuching yang memperkenalkan pengalaman gaya hidup pelbagai rupa dengan mengintegrasikan komponen kediaman, perniagaan, runcit dan hospitaliti, membawa bersama-sama kepelbagaian kehidupan moden dan perniagaan di bawah satu alamat yang sama.

“Ia yang terletak di Jalan Batu Lintang menjadikan lokasinya strategik dengan jarak memandu selama 15 minit dan 10 minit, masing-masing dari pusat bandar Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“NaimSapphire On The Park merupakan kondominium dalam kawasan pembangunan yang pertama,” katanya.

Berkonsepkan 3S – Strategik, Selamat dan Stail, dengan elemen pusat peranginan dan gaya hidup bandar, Sapphire berada dalam kelas tersendiri.

Sapphire yang teletak dalam pembangunan NaimKuching Paragon mempunyai lokasi tiada tandingan dan para penghuni juga menikmati persekitaran selamat dengan sistem keselamatan berperingkat 24 jam, katanya.

Dengan kemudahan gaya hidup berkeluasan lebih 72,000 kaki persegi, Fairus berkata, pengalaman gaya hidup baharu menanti penghuni Sapphire.

‘Bayangkan berpeluh di gimnasium, berehat jauh di dek di tengah-tengah landskap tropika indah atau menikmati masa bersama keluarga dengan barbeku, Sapphire adalah tempat perlindungan yang sempurna dengan gaya hidup lebih menarik,” kata Fairus.

Bagi sesiapa yang berminat dengan hartanah di Miri, kawasan pembangunan Naim dikenali sebagai Bandar Baharu Permyjaya (BBP), perbandaran bercampur menawarkan pelbagai jenis hartanah kediaman atau komersil pada tahap kemampuan berbeza.

Terletak strategik kira-kira 15 dan 20 minit memandu dari pusat bandar raya Miri dan pusat pemeriksaan sempadan Kastam Sungai Tujuh Brunei, BBP merupakan rumah kepada satu pertiga daripada populasi Miri dan dianggap sebagai bandar terbesar Miri.

Para penduduk menikmati faedah kehidupan dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan dan latihan, dewan masyarakat, tempat ibadat, kemudahan rekreasi, pusat beli-belah, pembangunan komersil dan lain-lain.

Di samping itu, BBP juga akan menempatkan Hospital Pakar KPJ pertama Miri, kata Fairus.

Beliau menambah, bagi yang berminat untuk hidup di tepi tasik, pembangunan NaimSouthLake Permyjaya memaparkan pilihan menarik.

“Meliputi kawasan lebih 450 ekar, zon pembangunan NaimSouthLake yang terletak dalam BBP, berkonsepkan penghargaan terhadap alam sekitar, keselamatan dan kehidupan masyarakat sihat.

“Merangkumi komponen komersil dan kediaman, ciri utamanya adalah tasik seluas 30 ekar yang menyediakan masyarakat dengan aktiviti tasik tanpa batas dan kemudahan rekreasi lain,” katanya.

Dengan jenis kediaman merangkumi teres, berkembar dan rumah sesebuah, NaimSouthLake turut memenuhi keperluan gaya hidup berbeza di tengah-tengah landskap subur.

Sebagai tambahan, para penduduk turut menikmati privasi dan keselamatan dengan pintu masuk yang dikawal.

Antara tarikan utama NaimSouthLake adalah rumah kelab yang menggalakkan hubungan erat antara komuniti dan terletak di hadapan tasik, yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti kolam renang bersaiz Olimpik, kolam renang kanak-kanak, sauna, gimnasium, tempat permainan, perpustakaan, bilik persidangan dan banyak lagi.

Manakala di Bintulu, pembangunan bersepadu Naim Bintulu Paragon membuka bab menarik dalam arena hartanah tempatan.

“Apabila kita mengatakan ikonik, kita benar-benar maksudkannya. Hari ini, Naim Bintulu Paragon mempunyai Street Mall Sarawak terbesar dan terpanjang, menara kondominium tertinggi Sarawak dikenali sebagai The Peak, Pejabat Kecil Pejabat Versatil (SOVO) inovatif dan hotel antarabangsa pertama Bintulu, Fairfield by Marriot Bintulu Paragon,” katanya sambil menambah, hotel itu merupakan Hotel Fairfield pertama di Malaysia.

Dengan beberapa ciri-ciri inovatif seperti medan selera di kawasan terbuka berskala besar di landskap menarik, rangkaian jambatan boleh dilihat dan tangga bergerak ke setiap tingkat, menjadikan setiap tingkat dengan mudah diakses dan unit-unit yang lebih besar daripada satu unit rumah kedai biasa di Sarawak, Naim Street Mall pasti memberi pengalaman runcit unik kepada pemilik perniagaan dan pelanggan.

Menurut beliau, penyerahan unit-unit Street Mall sedang dijalankan dan kerja-kerja untuk komponen SOVO dijangka akan siap dalam masa terdekat.

“Unit SOVO kami dijangka siap awal suku ketiga 2016. SOVO merupakan pilihan menarik bagi perniagaan besar dan kecil berikutan harga berpatutan dan susun atur versatil,” katanya sambil menambah, ia terletak di atas Street Mall dan tidak jauh dari kedai-kedai makan, pusat peruncitan dan pusat hiburan.

Pemilik perniagaan juga boleh beroperasi di persekitaran selamat memandangkan pengurusan hartanah menawarkan keselamatan 24 jam di mana pengawal keselamatan akan berkawal dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Fairus turut mempelawa sesiapa yang menggemari kediaman berasaskan pusat peranginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kondominium The Peak yang setinggi 34 tingkat.

Dengan pelbagai suite, unit studio dan dupleks, pembeli pasti sukar membuat pilihan, selain ruang tamu moden dan keselamatan berperingkat.

The Peak turut menawarkan kemudahan gaya hidup daripada kemudahan berkaitan kesihatan seperti gimnasium dan kolam renang dewasa dan kanak-kanak hingga kawasan berbeku dan bilik majlis.

Dengan komponen bertenaga Naim Bintulu Paragon, ia telah berjaya menarik minat penyewa berjenama, meningkatkan persekitaran runcit dan perniagaan bertenaga.

Antaranya termasuk Econsave Cash and Carry, I Love Yoo, Old Town White Coffee – yang membuka rangkaian pertama di Bintulu, KFC, SugarBun, BBQ Chicken, YOYOSO selain penyedia telekomunikasi seperti Tune Talk, DiGi dan TM Point dan banyak lagi.

Turut dalam perancangan adalah untuk mewujudkan pusat rekreasi yang terdiri daripada kedai-kedai seperti Cineplex dan tempat boling serta hab pendidikan.

Naim akan menyertai Ekspo Hartanah SHEDA di Kuching dari 23 September hingga 25 September di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Ruang pameran Naim terletak di S1. Sesiapa yang berminat atau ingin mengetahui lanjut boleh menghubungi +6082-416288, atau layari www.naim.com.my, www.kuchingparagon.com.my, www.facebook.com/kuchingparagon atau kunjungi Galeri Jualan Naim Kuching di Pusat Komersil Rock, Jalan Green Kuching dari jam 9 pagi hingga 6 petang (hari bekerja) dan 10 pagi hingga 5 petang (hujung minggu dan cuti umum).

Advertisement